PAGES

Tuesday, August 18, 2015

Periuk NOXXA

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini gajet paling latest kat dapur saya... masih elok lagi di dalam kotak, tak buka lagi pun, apatah lagi nak cuba masak dengannya. Yang sebenarnya memang tak rancang nak beli, walaupun pada ketika itu kecoh di persekitaran saya membincangkan perihal periuk ini. Walaupun hati berkenan, tapi masih juga terasa agak mahal harganya yang bernilai 3 angka itu. Ada juga kawan2 yang mahu membuat kutu 10 bulan.. ada juga yang mahu bayar 3 kali... bergantung pada ketebalan poket memasing la ya..


Tapi hendak dijadikan cerita, barangkali nafsu untuk memiliki tidak boleh tertahan lagi, maka saya terus saja bersetuju untuk beli dengan sekali bayaran kerana pada ketika itu baru saja mendapat bonus sebelum raya. Ye la dari bazirkan duit gitu aje baik beli, boleh guna untuk masa depan kang. Dapatnya pun sehari sebelum balik untuk berapa. Walaupun begitu saya tak la buat balik kampung, sebab belum study lagi cara2 nak menggunakannya. Yang tak menahannya benda ni dibeli dari seorang pelajar sekolah saya, yang menjadi ahli bagi AMWAY, jadi harganya kurang sedikit dari yang dibeli ditempat lain. Pandai pulak budak tu kempen kat cikgu. He he he... 




Walaupun di sana sini sibuk memperkatakan kehebatan periuk ini memasak. Masak nasi, goreng mihun, buat laksa, kari ke sup.... eh macam2 la boleh buat dan ternyata memang sekejap saja waktu memasaknya. Saya ni entah bila nak cuba. Barangkali sesuai sangat masa Aidiladha nanti, boleh test buat sup ke... buat singgang tulang ke. Dengar citer memang sekejap empuknya.


Pada ketika saya beli periuk ni, didatangkan sekali dengan bekas simpan beras, ala2 tupperware. Boleh la guna di Baiti Jannati saya nanti. In Sha Allah jika saya dah guna nanti akan saya updatekan testimoninya pula.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

11 comments:

  1. samala saya...beli tapi belum pernah pakai sebab tak pandai....

    ReplyDelete
  2. Cheq su..umi dah lama beli dan pakai..alhamdulillah memang amat membantu..nanti bila dah sampai seru...tunjuk la hasilnye ye...selamat mencuba

    ReplyDelete
  3. Saya nak beli tapi saya ni jenis malas potong bawang, all, basuh pinggan..bukan malas masa masak.. boleh pendekkan masa jugak takkkk

    Jemputlah ke blog saya Blog Ibu bekerja dari rumah , semoga bersama dapat manfaat! Terima kasih..

    ReplyDelete
  4. liza ni haa, sampai skrg belum sampai seru nak beli puyok ni..tak tau la nape,hihii

    ReplyDelete
  5. kaknoor pun dah lama tingin tapi belum lagi terbeli sbb busy insya allah soon lah akan beli jugak ni

    ReplyDelete
  6. agak mahal jugak puyuk noxxa tu kan..intai2 dulu lah...cukup bajet mmg nk rembat satu..

    ReplyDelete
  7. Periuk tu boleh dapat 3/4 dari harga yg dibeli. Cubalah contact wife saya. Puteri 012-2899455. Ok. Gerenti berbaloi

    ReplyDelete
  8. Mungkin berbeza sedikit dari periuk yg anda beli. Tapi function tetap sama. sy dah try buat dodol.

    ReplyDelete
  9. kalau nak resepi masakan guna Noxxa boleh singgah blog saya : www.zailabinimdae.blogspot.com

    resepi saya pernah tersenarai dalam laman web Siraplimau.com

    ReplyDelete
  10. Wah bestnya ada noxxa..
    Antara barangan dlm senarai wish list saya ni

    ReplyDelete
  11. salam cheq sue

    periuk ni x nyesal beli kan...mmg berbaloi2...masak pon zass je :D

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]