PAGES

Sunday, September 13, 2015

Cinta Tiada Akhirnya - 4

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 








Hari minggu. 

Usai sembahyang subuh di masjid berdekatan rumahnya, Zubir  bercadang  untuk ke taman tasik. Elok juga kalau pagi-pagi begini berjogging sambil  menghirup udara nyaman dan menikmati kehijauan ciptaan Tuhan.  Kalau dulu dia setia bertemankan Aqilah yang sangat suka ke taman tasik. Sekarang walaupun bersendirian dia masih juga melakukan rutin tu.

Sesampainya di tapak letak kereta taman tasik, pengunjung masih belum ramai lagi. Jam baru saja melepasi angka 7. Zubir menarik nafas dalam-dalam, menyatukan dirinya dengan alam. Dia melakukan pemanasan badan. 

Kiri, kanan, kiri, kanan. 

Dengan lafaz Bismillah, dia memulakan langkah. Zubir hanya berlari – lari anak. Bermacam-macam ragam manusia dapat dilihat. Dan dari kejauhan itu Zubir dapat melihat seraut wajah yang kini sering singgah di layar matanya. Dia segera menghentikan langkah dan menyapa si gadis di depannya.
‘Hai.’
Si gadis nyata terkejut dengan sapaan itu lantas berhenti berjalan. Dia memandang Zubir dan mengerutkan dahi, mungkin cuba mengingati. Akhirnya dia tersenyum.
‘Hai.’ Balasnya.
‘Sorang je?’
‘Ha ah. Awak?’
‘Saya pun sorang je. Anyway, saya Zubir.’
‘Nabila.’
Mereka lantas bersalaman dan bergandingan jalan berdua.
‘Dah lama ke awak berkawan dengan Wari?’ Tanya Zubir sekadar ingin tahu.
‘Baru je lagi..dalam 3 bulan. Saya kenal dia melalui seorang student saya.’
‘Awak ni cikgu ke?’
‘Mmmm…lebih kurang la tu tapi saya mengajar di kolej.’
‘Kolej mana?’
‘Kolej Sutera.’

Zubir mengangguk. Kolej itu hanya setengah jam perjalanan dari pejabatnya. Dalam tidak sedar, sudah hampir satu keliling mereka berdua berjalan bersama. Jam pun sudah menunjukkan jam 8.30 pagi. Begitu cepatnya masa berlalu. Zubir begitu senang berdamping dengan Nabila yang jelas begitu banyak persamaan dengan Aqilah. Nabila juga nampaknya begitu ceria di samping Zubir.

Dan dalam pertemuan singkat itu barulah Zubir tahu yang Nabila berasal dari Terengganu. Senegeri rupanya mereka. Tetapi sedikit terkilan di hatinya apabila memikirkan Nabila sudahpun dimiliki oleh Wari…
 


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]