PAGES

Friday, September 18, 2015

DIY : Pin Cushion

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sebagai seorang penggemar tudung jenis shawl atau halfmoon, saya kira jumlah pin yang ada dalam koleksi ada pelbagai jenis. Saya sendiri mempunyai pelbagai koleksi pin, yang pernah saya upkan pada n3 di sini dan sememangnya saya sangat sukakan benda2 kreatif bersaiz kecil ni. Ada di antaranya saya beli dan ada juga yang saya dapat free semasa membeli online. Jadi di sini saya suka nak kongsikan cara2 membuat pin cushion sendiri yang mana kalau beli tak kurang 10 ringgit rasanya ni. Langkah2nya memang mudah, dan berbaloi dicuba.


Antara bahan2 yang diperlukan. Rasanya semua bahan2 ni ada di rumah. Cuma saya nak ingatkan kalau boleh gunalah kain yang agak nipis seperti jenis chiffon atau lycra. Yang saya guna ni jenis agak tebal sikit.





Langkah seterusnya adalah membuat bunjut menggunakan fiber yang dibungkus dalam kain perca.


Kendian kita ikat la bahagian bawah tu supaya kemas dan tidak longgar. Barulah hasilnya cantik.


Bunjut fiber yang dah siap tu kita masukkan ke dalam bekas seramik. Ini bergantunglah pada bentuk apa yang korang ada. Yang bulat pun boleh. Oleh kerana bentuk seramik yang saya  guna ni agak dalam, maka saya lapikkan dulu dengan kain yang ian supaya bunjut fiber tu nanti tak tenggelam sangat. Bila dah masukkan elok ke dalam bekas tu bolehlah digamkan dengan hot glue gun supaya ianya tidak tercabut. Tapi kalau korang rasa bunjut tu dan terletak elok dalam bekas dan tak akan terkeluar, ok aje kalau tak gam pun...


Bila dah siap tu boleh la korang susunkan segala jenis mak nenek pin yang ada. Kat gambar ni baru sebahagian untuk demo. He he he... Letak jarum peniti pun boleh, tak la hilang dan merbahaya bila letak merata2. Tapi diingatkan ya benda ni kalau boleh letak la tinggi sikit atau jauh dari baby atau bebudak kecik, sebab nampak menarik sangat kan, takut termasuk dalam mulut plak nanti


Ini pulak yang saya dah buat sebelum ni, nak dihadiahkan pada anak fruit saya yang sekarang ni kemain melaram dengan shawl la.... Neelopa la.... cute kan???

Kalau korang ada kelapangan tu silalah cuba. Senang saja kan...


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]