PAGES

Monday, October 5, 2015

Conney Dog Versi Mudah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya memang suka makan conney dog, yang mana ianya sebagai pengganti kepada hidangan nasi. Kalau ada roti sosej, ada daging kisar memang saya akan buat ni. Feeling makan western gitu. Tapi yang sejujurnya, makan western ka... apa ka masih jugak nakkan nasi masuk dalam perut. Makanan gini ni takat untuk alas perut saja lepas lah... Hi hi hi


Conney dog saya ni hanya simple aje, hanya gunakan apa yang ada di dapur saja. Bila kita dah campur itu ini mesti jadi sedap punya.






Cuma yang lain sikit tu saya parutkan keju cheddar di bahagian atas dan saya bakar sekejap. Yang silapnya saya gunakan keju sejuk, jadi x sempat nak melt bila masuk oven. Yan ni optional aje, kalau tak ada makan gitu aje. Jadi resepi ada dibawah ni ya..


CONNEY DOG
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
6 biji roti sosej (frunkfurter)
3 keping daging burger
1/2 biji bawang besar - dadu
1 biji bawang putih - cincang
1 sk serbuk cili
1 sk serbuk oregano
3 sudu makan sos spagetthi
Mayonis secukupnya
Garam dan minyak masak secukupnya

Cara membuatnya :
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih
Masukkan serbuk cili dan serbuk oregano
Tambahkan daging burger yang telah dihancurkan
Setelah daging masak, masukkan sos spagetthi, mayonis dan perasakan dengan garam
Belah 2 roti sosej dan masukkan inti daging yang telah siap tadi
Jika suka boleh letakka mayonis


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. emmmm sedap... dana tak antu conney dog tp sedap jgk layan sessekali kan kak

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]