PAGES

Tuesday, October 13, 2015

Ikan Cencaru Sumbat

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya ni amat jarang membeli ikan cencaru. Bukan tak suka, tapi memang tak berapa makan, mungkin sebab sejak dari kecil tak berapa didedahkan dengan ikan ni. Tapi sesekali bila rasa nak makan saya beli jugak. Masih teringat rasanya dulu pernah sekali saya buat ikan bakar cencaru ni disumbat dengan kelapa dan tempoyak. Aduhhhh meleleh bila ingat semula. Tapi memandangkan agak susah nak dapatkan kelapa parut, pastu dengan kemalasan tahap gaban nak gi kedai, makan kita sumbatlah dengan apa yang ada.


Rasanya kalau ikan cecaru ni memang sedap dimasak macam ni kan. Belah belakang, sumbat dengan inti, bakar dan cicah air asam atau sambal kicap. Bagi yang sukakan pedas, letak cili lebih sikit dan kasi masam biar lebih. Baru makan tak hengat bertambah2 gittew. Begitulah juga dengan saya, guna apa saja bahan yang ada di dapur dan buat air asam yang simple.




Lihatlah di dalamnya. Walaupun hanya disumbat dengan inti yang ala kadar tetapi tetap membuka selera. Kena betul dengan air asam yang tak sepertinya tu. Saya bakar dalam pemanggang ajaib aje. Cukup la...sekadar nak kenyangkan diri sendiri. Bagi yang nak try resepinya ada saya sertakan di bawah ni.


IKAN CENCARU SUMBAT
Resepi : Cheq Sue

1 ekor ikan cencaru - bersihkan dan belah belakang kedua bahagian
* Belacan
* Bawang besar
* Cili padi
* Serbuk kunyit
* Halia
* Serai
* Garam
* Serbuk cili

Tumbuk lumat bahan *
Lumur dan masukkan dalam belahan ikan
Perap seketika
Bakar hingga masak

AIR ASAM
Resepi : Cheq Sue

Air
Jus limau nipis
Air asam jawa (pekat)
Bawang besar - cincang
Tomato - dadu
Cili padi - cincang
Gula
Garam
Belacan

Campurkan semuanya di dalam lesung dan tumbuk2 manja hingga mesra


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

2 comments:

  1. hmmmmm mmg sedap layan... dana selalu tak bt air asam tp bt cicah ngn kicap+ cili+ bwg+ air limau

    ReplyDelete
  2. Demam2 ni sedap jugak layan cencaru sumbat air asam ni che sue..
    Akak tengok pun dah kecur air liur :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]