PAGES

Thursday, October 29, 2015

Kuetiaw Sup Kaki Ayam NOXXA

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Aikkkk... kaki ayam pun jadi?

Eh eh eh... sedap apa kaki ayam. Banyak kolagen semulajadi tau (walaupun katanya kolesterol kat kaki ayam ni tinggi). Ye ke... ada yang setuju ke dengan fakta tu?


Saya memang suka sangat kaki ayam ni. Masak gulai, kari atau sup memang itulah yang saya cari dulu. Syokkk tau makan kaki ayam ni. Jadi saya memang sengaja beli la masa balik kampung. 10 ketul dalam 3 hinggit aje, makan sampai puashati la gayanya. Memang seronok la... Pastu saya fikir bila rebus pakai NOXXA kaki ayamnya jadi lebih lembut dan kekal kelembapannya.


Apa kes yang boleh fikir nak buat sup kaki ayam ni?

Saya dah lama nak makan mee / kuetiaw / mihun sup sebenarnya. Selepas Aidiladha tu kan ada banyak stok daging dan tulang, jadi saya buatlah mihun sup namun rasanya tak berapa kick sebab saya lebih sukakan sup berasaskan ayam. Lagipula My Mek tak makan ayam kan... tak sedap la buat tapi dia takleh makan.


Saya sebenarnya dah lupa macam mana resepi saya buat ni. Bagi lebih kurang sajalah ya... saya tumis rempah 3, masuk bawang, sup bunjut, kiub ayam, tambah kentang dan sayur. Semuanya saya masuk dalam piyok NOXXA. Kaki ayam tu saya HP dalam 20 minit saja dan saya sudahi dengan STIR FRY hingga masak.

Sup ni pulak saya lengkapkan dengan kuetiaw dan sambal kicap serta limau nipis. Memang sedap la walaupun pedas berasap habis bergelas air... he he he..

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

6 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]