PAGES

Friday, October 23, 2015

Perencah Tumis

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya sebenarnya tak tahu nak namakan apa benda alah ni. Yang saya tahu saya saja2 buat sebab nak simpan cili kering mesin sebenarnya. Tapi saya fikir pada simpan cili mesin saja baik masukkan terus bahan2 lain supaya lain kali bila nak guna terus boleh campur aje takyah tumis2 bagai dah. Lagi pun kalau simpan cili mesin saja, letak dalam peti ais pun dia boleh berkulat. Lagipun sebagai wanita bekerja, kekdah macam ni memang dapat memudahkan kerja. Ai macamlah saya sibuk mengalahkan tuan pengetua...


Setelah siap ditumis, memang kelihatan agak berminyak, tapi kita boleh buang. Kalau buna minyak sikit hangit pulak masa nak menumisnya. Tapi untuk menumis ni saya gunakan minya bunga matahari ya. Jadi kuranglah sikit kolesterolnya barangkali. Suka saya nak kongsi, semasa menumis tu saya gunakan api yang kecil dan saya tutup kualinya supaya minyak tak terpercik merata, sesekali kacau hingga rapat ke dasar kuali supaya garingnya sekata.


Untuk masakan sebegini, saya pernah mendengar untuk memudahkan masa menumis tu, seeloknya blend semua bahan2 tu dengan minyak. Sejauh mana keberkesanannya tu saya tak pasti pulak. Mungkin boleh cuba kalau nak buat lagi selepas ini.



Bila dibiarkan lama, perencah ni kelihatan agak gelap dari sebelumnya. Barangkali dah sebati kot. Kalau kata darurat nak makan dengan roti ataupun dijadikan sambal nasi lemak pun dah lepas ni.... Kalau nak cuba resepinya ada di bawah..


PERENCAH TUMIS
Resepi : Cheq Sue

Cili kering + bawang merah + bawang putih + udang kering + ikan bilis + serbuk cili + halia
Gula, garam
Air asam jawa

* kuantiti bahan-bahan ini berdasarkan pengukuran dan detik hati masing2 la ya...

Cara membuatnya :
Blend semua bahan sehingga halus
Tumis hingga garing


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

  1. salam singgah,, pernah jugak dulu nak mesin letak minyak sebab nak ganti air ...kalo letak air nak belnd ,,lagi dia berair nak tumis pun asyik dok percik jer dalam kuali.. tapi sekarang tak buat dah macam tu hii.. susah jugak minyak2 lekat dlm bender

    ReplyDelete
  2. mak mentua ana pon guna cara ni..blend guna myk.. lepas tumis..lebihan myk tu selalunya simpan utk masak tomyam atau apa2 menu yg kita suka...pes cili ni selalunya letak dlm freezer..blh tahan lama..

    ReplyDelete
  3. sedap nih kak.... dana biasa jgk guna gini... tp beli je mcm sambal tumis merah segera hehehe

    ReplyDelete
  4. wah, tak pernah terfikir nak buat mcm ni. mmg senang untuk ibu2 berkerjaya.. thanks cheq sue utk tips ni..muehehe..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]