PAGES

Tuesday, November 17, 2015

Bubur Pulut Hitam NOXXA

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya sangat menyukai bubur pulut hitam, tapi percaya atau tidak saya tak pernah membuatnya sendiri. Agak2 tak reti a.k.a tak pandai ke apa? Hi hi hi semua campur2 la tu. Pernah juga saya beli sepeket beras dulu tapi cari2 tak jumpa pulak. Oleh kerana dah ada NOXXA rasa syok sikit nak buat. Syok tu bukan dari segi apa, dapat la buat banyak sikit sebab tak ambil masa.


Rupa2nya beras pulut hitam ni agak mahal jugak ya. Masa saya beli tu sekilo RM 12. Jadi saya buat la setengah kilo, pakai NOXXA memang kejap aje nak merebus beras tu kalau dibandingkan dengan guna periuk biasa. Tambah2 pulak beras dah direndam semalaman. Bukan apa rendam lama2 tu, ingat nak buat petang tapi tak terbuat jadi rendam sajalah beras tu hingga esoknya.




Inilah rupa kejadian bubur pulut hitam saya. Walaupun hitam dipandang manis, rasanya sedap sedang2 saja. Saya hanya guna santan segera, kalau guna santan segar mesti lagi sedap dengan aromanya tu. Apapun tak kiralah santan mana yang diguna, rasanya memang sedap dan memang puas dapat hirup bubur panas di kala cuaca dingin.


BUBUR PULUT HITAM CIK NOXXA
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
500g pulut hitam - bersihkan dan rendam semalaman
3 keping nisse (boleh ganti dengan gula melaka)
Secubit garam
2 kotak santan segera
Air secukupnya
Daun pandan

Cara membuatnya :
Masukkan pulut hitam yang telah direndam ke dalam innerpot NOXXA, tambah air hingga tenggelam pulut (dalam anggaran 2 gelas)
Ser tombol ke HP dan tekan 25 (HP25) kemudian ON
Selepas selesai, release tekanan dengan memusingkan tombol ke STEAM
Masukkan gula nisse, garam, santan, daun pandan dan air secukupnya. Tekan STIR FRY dan masak hingga mendidih


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

  1. sejak ada noxxa nih lg macam2 menu akak buat bestnya lahai kak oi....
    almaklum kalu dulu mau rebus je sejam skrg 30min dh setel semua....
    dana pn suke bbr plt hitam tp nk msk sndiri yg lain2 tak mkn... kite sornag je melantak tak syok jgk

    ReplyDelete
  2. assalam cheqsu
    kaknoor belum try lagi dgn noxxa, memang best sangat kalau guna noxxa cepat dan takyah nak kacau2 segala, dapur pun tak kotor kan ahaha esuk lusa nak try lah buat bubur hitam noxxa ni

    ReplyDelete
  3. Akak pun peminat bubur pulut hitam ni Cheq Shue..
    Nanti nak buat juga lah..
    Boleh sedekah kat kawan2..
    Guna noxxa ni sekejap dah siap heh :)

    ReplyDelete
  4. Semua bubur ibu suka. Ibu nak tolong belikan harga mampu milik sgt special. Mai pm ibu di 019-2494819.Elok beli sebelum harga ahli naik jd rm719 (katalog rm864).

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]