PAGES

Friday, November 13, 2015

Hotel Nouvelle, Seri Kembangan, Selangor

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hotel ni dah 3 kali saya check in. Memang dah naik bosan nak ke sini. Duduk 4 hari... 5 hari... memang takleh nak cerita pada orang. Kalau dulu hotel ni dikenali dengan nama Hotel Mint, tapi dah ditukar maybe sebab dah bertukar pengurusan agaknya.

Saya ke sini ada menggunakan bas dan kereta. Yang naik kereta tu jangan tanya la ke mana laluannya, saya hanya jadi penumpang. Kalau naik bas, saya turun di PUDU dan naik LRT ke TBS kemudian ambil KOMUTER ke SERDANG pastu ambil pulak teksi ke hotel. Kalau belah2 Pantai Timur yang turun di TBS boleh saja ambil teksi terus ke hotel ni.


Sapa yang pernah check in kat sini tahu la macam mana situasinya, memang bosan sangat2 sebab jauh dari tempat nak release tension. Walaupun dekat pada pandangan mata dengan pusat membeli belah MINES, tapi tak boleh nak keluar sebab jalan jem yang amat, kang terbabas tak masuk mesyuarat pulak. Paling2 kalau rasa nak membeli belah berkunjung ajelah ke stesen minyak Petron di sebelahnya. Kesian kan... Pastu dari segi makanan pun so-so aje, kira cukuplah untuk mengenyangkan perut.

Lagi tension kalau duduk bilik nombor genap, memang bercinta la bila biliknya mengadap bilik lain. Kalau bilik nombor ganjil tu boleh jugak bilang kereta yang lalu2 tidakpun tengok keadaannya bila tengah jem.

Ni macam kena datang lagi je, tengah tunggu bila tarikhnya. Hurmmmmm.....

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

  1. tak penah ddk hotel nih... yelah kalu dh selalu sgt duk sini bosan jgk kan... mmg dkt nmpak ngn the mines ke apa tp nk pi sana tuh yg ssh tuh

    ReplyDelete
  2. haha hotel ni mmg facilities tak de. maaf kalau service kami tak okay 😅😅

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]