PAGES

Wednesday, November 25, 2015

Kursus SKM Tanaman Tahap 1 & 2 - Part 2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kursus SKM kali kedua telah diadakan pada 26 - 30 Oktober sekali lagi di Hotel Nouvelle dan UPM. Bezanya kali ini selain kami menyiapkan portfolio, kami juga akan menghadiri kursus pendek bagi beberapa modul yang belum selesai. Antaranya adalah kursus Pengurusan Tanaman Hiasan yang di adakan di Taman Pertanian Universiti (TPU), UPM di bawah kendalian Cik Wan Suhana Wan Talib.

Memandangkan ada banyak gambar, maka saya akan tulis sedikit caption dibawahnya untuk ingatan dan kenangan diri saya nanti.


Seramai 15 orang guru dari 15 buah sekolah seluruh negara menghadiri kursus ini. Masuk semula setelah 13 tahun, memang menggamit nostalgia. Rasa macam kembali bergelar siswazah tua pula.




Sedang menunggu ditaklimatkan. Ada diberikan handout untuk rujukan. Pada ketika kami datang ni TPU sedang dalam membuat persiapan untuk majlis konvokesyen. Jadi banyak urusan mengeluarkan tanaman berpasu sedang dilakukan.


Taklimat lagi. Di unit ini berkaitan dengan medium  yang ada.


Melawat ke dalam stor peralatan yang luas. Alangkah indahnya jika keperluan ini ada di sekolah.


Jalan2 ke rumah lindungan melihat pokok2. He he he. Dapatlah menjamu mata yang mengantuk.


Jalan-jalan lagi...


Jalan-jalan ke luar pula. Suka saya nak kongsikan kenapa atap struktur ni berwarna kuning? Ini kerana atap kuning berupaya menyimpan cahaya matahari @ mewujudkan cahaya matahari tambahan bagi tanaman yang memerlukan lebih pencahayaan.


Dah penat jalan2 kita makan dulu. Makanan memang super sedap, maklumlah dah jemu makan lauk hotel.


Sesi memangkas pokok bunga kemboja. Sambil2 pangkas tu terus ambil benih bagi setiap warna. Saya memang dendam dengan pokok kemboja ni sebab dah lama cari. Di sini saya dapat warna kuning, putih, merah dan merah muda. Suka sangat.


Ada juga kawan2 lain yang berminat.


Kebetulan ada mini jentera kat situ, minta pekerja TPU untuk tunjukkan cara penggunaan. Agak ralat sebab kami tak boleh guna.


Tertanya2 di manakah steringnya....


Selingan. Sayur kangkung kegemaran saya yang ditanam di dalam pasu bagi tujuan vegescape.


Bagi yang belum kenal, inilah pokok asparagus. Sekali imbas daunnya seperti herba dill. Kalau perhatikan betul2 ditengah gambar ada tunas asparagus yang sedang keluar.


Sambung lagi dengan aktiviti pemangkasan pokok hiasan. Kali ni guna mesin dan semua orang kena cuba. Pertama sekali Kak Ani dari Johor. Semangat betul dia...


Saya pun sah2 la nak cuba. Memang berair mulut la dapat mesin ni. Memang kena dengan jiwa tau.


Mesin trimmer dengan mini chain saw 16'


Sambung lagi aktiviti dengan menyediakan medium penanaman. Kami dibahagikan dalam kumpulan yang akan menyediakan medium tertentu. Ini proses mengayak tanah atas.


Masing2 nak dapatkan tanah atas untuk kumpulan.


Dah siap bancuh tanah masukkan pula dalam polibeg.


Buat keratan bunga kertas.


Proses masukkan medium dalam polibeg


Lagi proses masukkan medium dalam polibeg


Yang ni khas untuk tanaman berpasu. Apa kekdahnya lupa dah...


Dah siap kursus terus boleh dapat sijil. Tahniah Hidayah walaupun mengandung tetap buat semua aktiviti.


Semua senyum lebar sebab dah siap kursus. Oh yeahhhh...


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. Masa bekerja dulu, kakcik anggap pergi kursus adalah sebagai pelarian dari tugas-tugas seharian.

    Tapi adakalanya pergi kursus juga menambahkan serabut dalam pemikiran... :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]