PAGES

Monday, November 9, 2015

Pizza Ayam NOXXA

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini merupakan projek percubaan, kemain galak dekat FB Resepi Periuk Noxxa tu dok haplod rezepi dan kejadian hasil memizza. Jadi saya pun nak la terai jugak buat, tambahan pula memang dah agak lama x buat pizza ni. Jasi saya pun buat jugaklah, sampai 2 biji kejadiannya. Tapi jangan tanya la bila saya buat sebab dah lupa. He he he


Pizza yang saya buat ni ada 2 jenis, tapi fillingnya sama saja. Cuma satu ada cheese dan satu tak ada. Secara teknikalnya memizza guna NOXXA ni memang mudah sesangat. Hanya bancuh adunan, rehatkan 30minit, letak filling dan terus saja boleh bakar menggunakan kaedah STEAM.




Kalau dilihat kemenjadiannya, yang pertama agak kureng sikit sebab saya rasa kurang masak maybe. Pastu jika dibandingkang dengan pizza yang dibakar di dalam oven, yang ni agak x berapa la. Itu pandangan peribadi saya ya, mungkin tak sama dengan pandangan orang lain. Tapi dalam tak sedap tu pun dah habis jugak masuk ke mulut.


Saya cuba buat lagi untuk yang kedua. saya dapati ianya lebih gebu dari yang pertama, sebabnya agak lama diperap sebelum dibakar. Fillingnya masih sama tapi yang ni saya masukkan keju cheddar. Alkisahnya keju ni mai dalam peti ais, walaupun dah defrost tapi tak mencair pulak. Tak ada hal la tu, yang penting boleh makan.


Untuk pizza kedua ni juga saya bakar balik di dalam oven setelah dikeluarkan dalam inner untuk menggaringkan bahagian atas. Saya dapati dengan menggunakan NOXXA walaupun bahagian dasarnya agak berkerak tapi keraknya tidak garing seperti dibakar secara biasa. 


Inilah resepi yang saya gunakan. Memang dah tip top dekat FB. Kalau korang nak cuba, yang tak ada NOXXA pun boleh rasanya ni. Saya sendiri pun kalau ada masa nanti nak juga buat secara manual, kita bandingkan pula bagaimana rasanya. TQ pada penyumbang resepi.


INTI / FILLING
Resepi : Cheq Sue

3 keping daging burger (ayam)
1/2 bawang besar - dadu
Sos spagetti KIMBALL (original) - secukupnya
1 tin cendawan butang - hiris nipis
Serbuk oregano
Gula dan garam secukupnya

Tumis daging burger tanpa minyak
Setelah agak garing masukkan bawang, tumis hingga layu
Masukkan sos spagetti, oregano dan cendawan butang
Perasakan dengan gula dan garam



"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

2 comments:

  1. samala walaupun tak sesedap yang dibakar dalam oven.. bolehlah kalau teringin nak cepat untuk pizza kan.. hii

    ReplyDelete
  2. cheq sueee... kita x fren FB ye? hehe..

    lamaaa x buat pizza.. mahal beno cheese nyer, jd selalu teragak2 nk membeli.. huhu

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]