PAGES

Friday, December 18, 2015

Pesta Bunga & Organik Lojing 2015

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya telah hadir ke Pesta Bunga & Organik Lojing 2015 pada 20 November lalu. Oleh sebab lokasinya dekat sahaja dengan rumah, memang saya tak lepas peluang nak tengok apa yang ada. Pada pendapat saya lokasi ni (perkarangan Masjid Keputeraan Lojing) tak berapa sesuai dibuat event ni sebab agak jauh dari daerah2 yang lain. Tambah pulak di kawasan itu tak ramai orang. Dan satu lagi pada ketika itu cuti sekolah belum mula lagi. Bukan tak ada orang yang datang, tapi tak berapa meriah pengunjungnya tu. Tapi meh la kita tengok apa yang sempat saya rakamkan di sana...


Selain banner macam ni ada jugak hebahan di radio. Kebanyakan yang terlibat dengan pesta ini adalah dari Jabatan Pertanian dan juga Majlis Daerah setiap jajahan. Ianya dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti landskap, bunga2an, ternakan dan juga pameran produk.



Saya singgah di sini untuk beli EM bagi kegunaan nak buat kompos.

Hidroponik digabungkan dengan penternakan ikan. Guna tangki yang sama.

Rumah kelulut

Mini edible landskap. Memang cantik kalau buat kat rumah

Kasihan pada yang memberi penerangan. Tak ada pengunjung di situ. Saya dengar tak dengar aje.

Antara pempamer. Berkenan dengan nenas. Walaupun sekadar dipamer tetapi jual jugaklah kepada saya yang meminta-minta. Dua biji RM10, rasanya super sweet.

Siar kaki. Cantik sungguh bila disusun begini.

Tulip Malaysia. 
Dikeluarkan di Cameron Highlands dan dieksport ke Singapura sebagai pasaran utama.

Beralih ke kawasan pameran taman dari setiap majlis daerah. Memang rambang mata la nak bergambar kat sini. Kebanyakannya berkonsepkan vegescape selain menerapkan unsur air dan batu serta kayu.

 Lampu laman yang dibuat dari kayu dan tempurung kelapa.

Kerusi laman dari batang nibung dan kayu. Boleh buat untuk rumah nanti.

Siar kaki dari potongan kayu yang disusun. Simple tapi cantik.

Taman lagi. Tapi sayangnya air pancut tu tak berfungsi. Lihat sempadannya menggunakan potongan paip 

Idea untuk sempadan dari paip poli.

Wakaf laman menggunakan sumber alam. Kecil dan ringkas tapi estetik.

Ini cantik. Dengan air pancut tu nampak macam real je. Sungguh tenang melepak di kawasan ni sesambil minum kopi. Idea kalau nak buat nanti.

Pokok memanjat.

Menara jam.

Geram nak petik strawberry tu.

Lagi design yang cantik

Wakaf ni pun cantik juga. 

Senang dan tenag melihat bunga-bunga

Ini sangat cantik. Sempat jugaklah menapak atas tu dan bergambar sekeping dua.

Perigi tipu-tipu. He he he

Yang ni dah ada unsur2 moden sikit

Pokok Sinai Merah yang dididik untuk memanjat dan dibentuk menggunakan kayu.

Saya tertanya2 apa maksud benda ni?

Sayur2 ni nampak sangat diimport dari kawasan sebelah.

Satu sudut untuk poinsettia.

Kesemua pameran landskap ni dipertandingkan (tema lampu) pada sebelah malamnya tapi saya tak sempat tengok. Jadi tak tahulah daerah mana yang menang. 

Mungkin kalau nak buat lain kali kena fikir tempat yang lebih strategik dengan pengisian yang lebih banyak.


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. bestnya kak...mcm2 ada... edible garden tu lawo... sume lah lawo2....

    nenas tu nenas nama pe kak?

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]