PAGES

Wednesday, December 23, 2015

Ungkep Ayam Style Jawa

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sebenarnya dah jemu bila bercerita tentang lauk berasaskan ayam. Rata2 daripada kita makan ayam paling kurang 2 @ 3 kali seminggu. Saya sendiri pun memang sentiasa ada stok ayam di dalam peti sejuk. Kadang2 memang buntu memikirkan nak masak apa.  Kalau yang simpel selalunya goreng kunyit aje, tapi jemu jugak kan makan yang samaaaaaaa saja.

Sesekali nak juga rasa lain sikit bila makan. Jadi kebetulan nak masak ayam saya cuba la resepi ungkep ni. Memang dah ada dalam buku resepi , salin siap2 bila nak cuba tu senang. Resepi ungkep ni biasalah, popular di selatan dan memang femes di kalangan orang2 Jawa. Betul ke statement ni? Kalau belah2 Kelantan idoknye deme tahu pasal ungkep2 ni semua.


Saya masak macam biasalah, masak kurang pedas dan guna dua tiga ketul aje ayamnya. Sekali masak sempatlah dua kali makan. Tapi macam pelik jugak kenapa ayam ungkep saya ni macam melekat melekit sikit, rasanya macam dah banyak dimasukkan air. Tapi pada saya boleh je masuk ke mulut. Cuma lagi best kalau dapat makan dengan pulut kuning. Adeehhh tetiba terliur pulak. 


Apapun masak ungkep ni boleh dijadikam satu pilihan seandainya dah kering idea nak masak. Kalau untuk kanak2 boleh dikurangkan sedikit cilinya. TQ pada penyumpang resepi Mat Gebu.



UNGKEP AYAM STYLE JAWA
Resepi : DTS @ Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ayam, potong saiz sederhana
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 biji cili hijau
10 - 15 biji cili padi merah
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
3/4 inci kunyit hidu

CARA MEMBUATNYA :-)
Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan serai dan daun salam @ bay leaf, kacau rata dan masukkan ayam. Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
Tuang air secukupnya (anggaran tenggelam ayam). Biar mendidih. Masukkan asam gelugor dan juga gula merah serta garam. Masak dengan api sederhana hingga kering. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Masak sekejap, dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..
  

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]