PAGES

Monday, January 4, 2016

Agar-Agar Peach

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Rasa2 memang dah lama tak buat agar2. Jika dibandingkan puding dan agar2 saya lebih suka agar2 sebab teksturnya yang lebih keras dan kenyal berbanding puding yang agak lembik. Bila dah lama tak makan tu rasa sedap jugak kalau ada, makan time sejuk2 memang syok. Tambah2 memang ada stok buah peach dalam tin. Jadi terus Google resepi dan buat. Ting tng ting tong kat dapo saaaat saja dah siap.


Cantik kan... elok je terletak dalam acuan. Baru rasmi tau. Kat atas tu acuan plastik dan yang kat bawah tu acuan silikon. Memang seswai..



Seksa sampai nampak isi2 yang di dalam. Saja hiris buah peach besar sikit sebab bila makan baru tergigit. Kalau kecik2 ni kang lekat celah gigi aje. Lupa pulak nak ambil keratas rentas di dalamnya.



Tq pada Kak Amie yang share resepi ni. Memang mudah sangat dan bahannya pun tak banyak. Korang sila2 la cuba...

AGAR-AGAR PEACH

Bahan-bahan:
10 gram serbuk agar-agar
1 tin Peach Slices in Syrup - Amie guna jenama Ayam Brand
1 tin susu krimer sejat -  Amie gunakan F&N
Air (campur bersama syrup peach dan susu krimer menjadi 1 liter)
3 sudu makan gula pasir
Setitik pewarna kuning telur
Acuan agar-agar

Cara:
1. Susun buah peach di dasar acuan agar-agar. Ketepikan.
2. Campurkan syrup peach bersama 1 tin susu krimer sejat dan tambahkan air sehingga mencapai sukatan 
1 liter.
3. Masukkan campuran 2 tadi ke dalam periuk dan tambahkan serbuk agar-agar serta gula pasir dan titikkan pewarna kuning telur.
4. Masak hingga mendidih.
5. Tuangkan bahan yang dimasak ke dalam acuan agar-agar yang berisi susunan buah peach.
6. Biarkan seju dan membeku.
7. Untuk rasa lebih enak, simpan terlebih dahulu di dalam peti sejuk sebelum di nikmati.


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

  1. Sedapnya ..
    Lama juga akak tak membuat puding ni Che Da :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahkakkkkk... Che Da tu jiran sebelah saya lah... kes tertukar ni!

      Delete
  2. dpt layan time2 musim pns nih mmg syok kak... lagi2 dh simpan dlm peti seharian hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Dana... memang sedap. Dengan masam2 peach tu adoiii macam nak buat lagi je

      Delete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]