PAGES

Wednesday, January 20, 2016

Projek Langsir - Menjahit #6

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Urusan jahit menjahit langsir kain atas dan bawah ni dilakukan sepenuhnya menggunakan mesin kepala hitam SINGER kesayangan saya. Memula saya gunakan jarum saiz 14 sebab kain agak tebal. Tapi sampai separuh jahitan benangnya menjadi putus2... tahu sajalah kalau tengah2 jahit tu benang putus, memang sentap wehhh, jadi saya tukar dengan jarum emas saiz 11. Alhamdulillah elok sampai jahit habis.


Seperti contoh yang saya lihat di dalam buku, jahitan ni saya mulakan dengan mengelim 1" bahagian kiri dan kanan. Saya tak jahit tepi sebab mengenangkan mesin saya tu jenis portable, jadi memang tak guna lasak2. Kecuali apabila nak jahit kain yang dibelah baru saya guna mesinjahit tepi. Bagi kain inner pun saya tak jahit tepi, malah saya tak kelim pun sebab kaki kainnya yang tidak berbulu.




Setelah siap jahit di kiri dan kanan barulah saya jahitkan dengan tape lurus di bahagian atas. Yang ni nak terangkan lebih2 pun tak ada gambar. Cuma kalau boleh nampak, tape tu saya jahit di atas lipatan kain yang telah dibasi sebanyak 1" ke dalam. Jahit habis di bahagian atas dan bawah hingga siap. Cuma di sini kena perhatikan kedudukan tape tu betul yang mana bagaian berlubang untuk dimasukkan besi cangkuk berada di bawah sebelah luar. 

* Saya cakap ni sebab dah kena, jahit terbalik, kena tetas semula yang dah siap jahit. Poyo sungguh rasanya.


Sebahagian kain inner yang telah siap dijahit di CH. Bakinya saya sambung jahit di kampung. Bahagian bawah kain ni saya jahit tepi halus. 

Haaa... gitu la sedikit sebanyak kisah saya jahit kain langsir ni...

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. saya pun kalau jahit langsir tak jahit tepi,,kelim macam tu terus jahit tapi sebelum tu buat tanda dulu

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]