PAGES

Tuesday, January 12, 2016

Projek Langsir - Potong Kain #5

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bagi urusan potong memotong kain ni saya buat di kampung, sebab macam tak munasabah aje nak bawak satu kayu kain tu ke CH... dengan kawasan kerja yang sempit tak terbayang macam mana nak bentang kain untuk potong langsir sebab kebanyakan tingginya melebihi dua meter. Bila buat di kampung ni ada adinda yang boleh tolong.


Ha beginilah ropenye. Ukur dan tanda pada kain menggunakan tape yang boleh tarik tu, apa ke namanya entah. Haru biru kalau nak ukur pakai tali inci. Maunya berpeluh nak siapkan satu2 helai.



Nampak sangat tak pro. Tengok sajalah potongan yang senget di bawah tu.

Bahagian Atas


Kesemua kain yang telah siap digunting. Tak ingat dah berapa helai, agak2 lebih dari 30 keping pelbagai saiz. Yang dalam beg tu ada 16 keping, yang saya bawa ke CH untuk dijahit di sana.

Sampai ke peringkat ini, baru tahu perit jerih orang nak jahit langsir, jadi no wonder la upahnya tu mahal bebenor.... hadussss


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. langsir sekolah ke nih kak? gigihnya akak nk jahit... dana mmg tak penah termimpi lah nk menjahit langsir hahah... mmg dasar jahit lurus pun jd senget

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]