PAGES

Wednesday, February 10, 2016

Renew Pasport Di Jabatan Imigresen Negeri Kelantan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya ke Jabatan Imigresen Negeri Kelantan untuk memperharui pasport yang dah mati sejak 2015. Oleh sebab tahun ni ada beberapa tempat yang saya target nak pergi, maka keperluan pasportnya memang harus diutamakan. Kalau sebelum ni saya berurusan di imigresen Ipoh dan UTC Ipoh, tapi kali ni saya cuba di Kota Bharu pulak. Ini baru kali kedua datang ke sini. Kali pertama dulu, kebetulan masa tu urusan pemutihan warga asing, sampai penuh limpah dalam pejabat ni. Kali yang kedua ni pun sama, masih juga penuh dengan pengunjung yang mempunyai tujuan sama seperti saya. Nak tak nak memang kena buat jugak sebab malas nak datang lepas CNY nanti. Nak ke Ipoh pun malas jadi target mesti siap juga.







Turun dari rumah jam 8.30, nak gi pinjam kete auto tapi segan + takut dengan tuannya. Bazir masa satu jam, 9.30 baru gerak ke Kota Bharu dengan My DD. Manual pun hadap sajalah. Dengan sesak orang ramai yang nak ke KB... memang sengsara kaki tangan mengawal kereta.  Takpe... takpe... udah ini kerja sendiri. Seperti yang saya jangka, dengan orang ramai tu, memang agak lewat jugak baru sampai, tambah2 dengan masa nak cari parking.


Sampai di sana, terus ambil nombor. Agak terkezut jugak dengan bilangan yang tertera pada kertas yang diberi. Nak duduk memang tak ada tempat, hanya berdiri di luar dengan puluhan pelanggan yang lain. Nak ke tempat lain takut pulak terlepas nombornya. Jadi menunggulah saya di situ, kemudian turun beli air, beli makanan, sembahyang Zohor... tapi masa belum sampai2... Bayangkan dari 11.25 am menunggu sampai lebih kurang 3.50 baru tiba giliran saya. Memang bertabah sungguh menunggu.

Urusan renew tu sekejap saja. Bagi IC, ambil gambar dan bayar duit, kendian kena tunggu lagi 1 jam untu proses sebelum diambil. Yang lambat nak menunggu tu kerana pada hari berkenaan ramai pulak yang datang buat pasport (sebenarnya tiap2 hari pun ramai!!). Yang bawa anak, yang buat untuk diri sendiri... semuanya ada. Mungkin lepas ni pejabat imigresen tu kena besarkan sikit atau tambah kaunter pemprosesan supaya masa menunggu lebih cepat.

Sebagai perkongsian, ini adalah langkah2 saya memperbaharui pasport berkenaan :
1. Ambil nombor di kaunter pertanyaan, tunggu sehingga tiba giliran
2. Sertakan IC dan pasport yang telah mati
3. Proses bermula (cop jari kiri dan kanan)
4. Ambil gambar terbaharu di situ juga
5. Buat pembayaran RM200 untuk 5 tahun
6. Ambil resit bayaran. Tunggu 1 jam
7. Ambil nombor semula untuk ambil pasport yang dah siap. Tunggu sehingga dipanggil
8. Semak pasport yang telah siap untuk memastikan tiada kesilapan

Catatan :
- pakai tudung yang berwarna gelap (hitam, coklat, merah, dll)
- elakkan tudung yang ada permata sebab berkilau bila ambil gambar
- sama juga bagi yang lelaki, pakai baju gelap
- kalau nak buat pasport kanak-kanan (atau 18 tahun ke bawah) perlu bawa surat beranak walaupun sudah ada MyKid @ MyKad

Semoga dapat membantu...


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. Kena g awal.
    Hari tu , akak kul 7 suku dah sampai.
    Baru tak sesak sangat

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]