PAGES

Thursday, March 3, 2016

Sardin Homemade NOXXA (Resepi I)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dah agak lama juga membuat sardin guna NOXXA ni tapi tak menyempat memanjang nak publish. Asyik2 tengok orang buat saya pun teringin nak cuba. Walaupun sardin ni bukan makanan pilihan tapi nak juga tahu bagaimana rasanya sardin fresh yang dibuat sendiri. 


Saya buat guna ikan sardin / selayang hanya 10 ekor seperti di dalam resepi. Ikan pulak tak la bersaiz besar hanya sederhana saja. Memula tu berfikir2 jugak nak buat sardin ni sebab guna masa lama, pastu kena HP (high pressure) pulak. Risau la kan kot apa2. Tapi resepi ni menggunakan mode LP (low pressure) saya kira ok sikitlah dari HP kan...



Walaupun saya menggunakan sepenuhnya resepi ini, tetapi pada pengakhirannya ikan sardin yang terhasil masih belum reput 100% tulangnya. Walaupun boleh di gigit tetapi masih terasa berhampas gitu. Mungkin lain kali saya kena tabahkan lagi masanya.

Walaupun demikian, saya sangat berpuas hati dengan kemenjadian ikan sardin ni. Memang jauh lebih sedap dari sardin yang dibeli. Tapi sebab buat ikan pun agak banyak, naik boring pulak nak menghabiskannya. He he he...

Apapun, terima kasih pada yang berkongsi resepi ni

Sardin versi sejuk beku.


HOMEMADE SARDIN - RESIPI LEBIH MUDAH
Sumber :  FB Suz Anna (FB Resepi Periuk NOXXA)

10ekor sardin segar
(Buang ekor kepala isi perut)

BAHAN A:
2 Bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
5 lada merah/hijau segar
(Saya gunakan lada bangla dan jalapeno🙈)
(Semua dihiris halus)

BAHAN B:
1 tin tomato puree
0.5 cawan cili giling
1sudu kecil lada sulah
2 sudu besar kicap pekat/kicap karamel
1 sudu kecik minyak bijan
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air
(Paras air betul2 menutupi ikan2 tersebut)
Saya pakai mug minum kopi


CARA-CARA:
Tekan butang SF
Tumiskan bahan A
Bila dah wangi, masuk kan bahan B
OFF BUTANG SF
Tunggu sebentar, tutupkan kerudung periuk.
Tekan butang LP : 30
Setelah masak. Biarkan tombol PRESSURE jatuh sendiri. (Jangan terus buka tudung periuk)
Setelah tiada bunyi sssss (hissing) baru buka tudung periuk.
Saya ON semula butang SF sehingga 10minit kerana saya suka kuah surut dan pekat2.

 

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

2 comments:

  1. Assalamualaikum CheqSu...selamat bertemu kembali..sudi2 singgah blog Kak ix eikk :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]