PAGES

Wednesday, April 6, 2016

Masak Lemak Keladi & Udang Harimau

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

N3 1 April. Seseungguhnya rasa lemau malas yang teramat nak update. Dah tak ada  kemahuan agaknya nak menulis kat blog ni. Apesal ekkkk? Dah jemu asyik dok perangat aje nak suruh rajin, tapi sudahnya setakat 2 3 n3 je yang mampu. Aduhai, nasib baik kita ni blogger suam2 aje, tak kisahlah ada atau tidak, yang penting ada sikit better dari tak ada langsung. Hurmmmm...


Alkisahnya masak lemak udang dengan keladi ni dah lama pun buat. Saya kalau amik keladi memang suka rebus siap2 kendian simpan dalam esbok. Jadi kalau nak masak boleh terus ambil aje. Udang ni pulak saya beli di kampung, kendian bawa balik ke CH. Kalau nak harap beli kat sini tak merasa la udang risau yunk oiii, udang tak rimau pun dah RM38 sekilo. Beli di kampung udang rimau ni baru RM34. Tu yang tak berapa nak membeli dekat sini.



Tapi kalau dirasa2 sebenarnya udang rimau ni tak la sesedap udang yang biasa tu kan? Rasa macam kurang manis, tambah2 pulak memang tak berapa nak segar sebab dah melepak dama esbok, nak bawa balik tu makan masa dah satu hal. Tapi bawau bagai mana pun sekarang ni hati rasanya dah terdidik untuk menerima kalau ada kurang kat mana2... segar ke tak segar, sedap ke tidak makan aje asalkan boleh.


Untuk resepi masak lemak ni, saya buat sesimple yang boleh aje. Pakai santan kotak, kemudian blend je bawang dengan cili. Letak serai sikit dan masak sampai mendidih. Boleh la untuk makan2 sendiri tu. Kalau tak pekena dengan nasi panas, ratah gitu pun dah sedap. 

#sekadar berkongsi


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

2 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]