PAGES

Thursday, May 19, 2016

SUMUT : 5 : Kolam Mandi Air Soda, Desa Perbabu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dari Danau Toba, kami menuju ke tempat menginap di Sipoholon. Saya tak ambil pot dah ke mana2 yang Yovie bawa. Masa ni fikiran dah kosong. Perut lapar berkeroncong dan badan dah kepanasan sebab tak jumpa air. Badan pun dah bau masham.

Bila dah check in, saya sempat la melunaskan apa2 yang perlu sebelum menukar baju untuk ke tempat mandi Air Soda kata Yovie. Pelik juga memikirkan ada air soda macam 100 Plus ke... atau 7 Up ke dalam kolam tu. Dari tempat menginap tu tak la jauh sangat. Pemandangan kiri kanannya memang layan dengan sawah padi yang menghijau dan deretan gunung ganang di kejauhan. Kiranya kawasan ni terletak dalam kampung2 la agaknya.


Memula tu memang fikir nak mandi. Almaklumlah dah berapa lama tak jumpa air. Baju basahan pun dah bawa siap2 tinggal nak u jump I jump je. Tapi bila sampai di sana terus tak lalu nak mandi. Bukan sebab menengokkan keadaan kolamnya, tapi bila tengok keadaan sekeliling. Aiiiiii memang tak lalu sungguh la weh. Walaupun begitu ada jugak yang mandi, saya hanya main2 air gitu ajelah. Ambil syarat dah rasa kat kolam tu.


Tuesday, May 17, 2016

SUMUT : 4 : Danau Toba

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Dari Air Terjun Ponot, kami teruskan lagi perjalanan menuju ke Danau Toba. Sebenarnya bukan menuju sangat lah sebab Danau Toba ni di mana2 saja. Maklumlah dalam trip kali ni sebenarnya route kami ibarat berpusing2 di Danau Toba tu aje. Entahlah, nak cerita pun tak faham, cuma dengan kata lainnya... gi mari gi mari situ jugok. Haaaaa itulah lebih kurang.

Memula kami meninjau dari puncak bukit. Kawasan perkuburan Kristian pulak tu. Nasib baik masanya tengah hari, panasnya sampai mendidih dalam kepala. Kalau malau mau ada yang berkepit ketakutan. He he he...


Selalu dengar je orang cerita tentang Danau Toba, kali ni nampak jelas di depan mata. Pandangannya memang tak terkata. Sungguh cantik walaupun pada ketika itu cuaca agak berkabus @ berjerebu.
Airnya hijau, kebiruan, memang superb sungguh. Siapa sangka danau ni adalah hasil daripada
letusan gunung berapi dahulu kala.



Sunday, May 15, 2016

SUMUT : 3 : Air Terjun Ponot

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dari Air Terjun Si Gura Gura, kami meneruskan perjalanan ke Air Terjun Ponot. Masa ni memasing dah kembali ke alam nyata, jadi boleh la bersembang dengan Yovie. Perjalanan taksoh cerita la, memang senak dalam perut dibuatnya. Patut la kata Yovie tak ramai yang datang ke air terjun ni sebab jalannya yang tak berapa nak cantik serta agak jauh. Kami sendiri pun hampir 6-7 jam dari Medan untuk sampai ke sini.

Masa ni saya dah mula rasa sakit kepala, maklum sajalah dah masuk hari kedua. Bukan kata nak komplen ke hapa tapi lumrahnya kita sebagai manusia memang begitu la kan. Tapi tak nak ambil pot sangat, saya buat2 tak tahu je, bila kena air, tambah2 yang sejuk dingin macam air terjun ni memang satu nikmat. Alhamdulillah...


Subhanallah... memang catik sesangat air terjun ni. Saya pun rasanya dah agak lama tak jejak air terjun. Sekali pandang macam nampak dua tingkat. Silapnya saya sebab bawak lense makro, jadi tak dapat nak zoom sangat, ambil gambar pun hati bengkek je. Jadi layan mana yang ada ajelah okeh


Saturday, May 14, 2016

SUMUT : 2 : Air Terjun Sigura Gura

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Aduhhh... niat nak update cepat2 macam terbengkalai ajer. Kemain bercinta nak on lappy. Kekadang tu bila online nak menulis tu termenung pulak yang lebih. Lappy ni pun maklumlah asyik meloading aje manjang. Kat sekolah pulak dok jauh pada akses intenet. Kalau nak update dekat tepon akak mintak mahap la ye... idok sesekali... bila tengok Cik Anne laju je update, makin terbakor teman rasa.

Apapun saya cuba la jugak tulis mana yang masih ingat. Sayang pulak kalau nak buat tak tahu. Kalau bukan untuk orang lain pun dah tentulah kisah2 ini untuk tatapan diri sendiri satu hari nanti.

Lepas pada touch down Medan dalam pukul 12 ke 1 pagi gitu lah, kitorang terus aje keluar untuk jumpa Yovie. Masa tu serius blur. Dengan tak mandi, dok bergelimpangan seharian di KLIA, dengan macam2 perasaannya, saya ikut je ahli jemaah. Seramai 7 orang, naik Avanza, macam sardin kemek kami di dalam. Saya tak ada masalah dengan benda tu, asalkan tak dok belakang sudah. Bukan apa, kalau dah mabuk panjang lak citernya.

Serius, untuk trip ni saya tak riki2 langsung. Apa tempatnya, kat mana, atau apa yang ada saya serius tak ambil tahu. Konon2 nak thrill la sangat... tapi bila fikir2 balik seronok jugak ikut trip cenggini... tak ada la perasan diva sangat.


Dari airport, kami meredah kepekatan malam menuju entah ke mana. Yang saya ingat, jalannya hampir sama semasa trip Acheh dulu, iaitu jalan ke Jantho. Walaupun perjalanan di waktu malam, menginjak ke pagi, memang sukar bagi saya nak melelapkan mata. Memang selalu pun kalau dalam kereta saya ngakk bisa tidur, jadi hanya melayan gelap malam dan mendengar suara Yovie menyanyi untuk menghilangkan mengantuk. Jeles jugak dengan geng2 lain yang boleh aje tidur...


Thursday, May 12, 2016

Descendants of The Sun (DOTS) : Links To Download

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

N3 permulaan bulan Mei...

Saya rasa korang sume dah layan citer DOTS ni kan... Saya sendiri pun tengok walaupun tak dapat semua episod. Konon malas nak ikut sebab kang asyik nak tengok aje. Tapi bila dah terjebak satu episod, terus melekat sampai last episod. Saya tak ingat stat tengok episod berapa, jadi agak ralat la sebab tak tahu cerita. Bila dibuat ulangan, tak sempat jugak nak tengok. Masa tu dekat KL dan yang akan datang ni saya nak balik kampung. Jadi riki2 dalam 4shared ada pulak link semua episod. Yang canteknya lagi ada subtitle BI lagi. walaupun saya baru download sebahagian, tapi saya kongsikan di sini buat peminat2 Captain Soo dan Dr Kang...


  1. http://www.4shared.com/video/j0tNX_pDba/Descendants_Of_The_Sun_HD_Ep_1.html
  2. http://www.4shared.com/video/MeCEDs3hce/Descendants_Of_The_Sun_HD_Ep_2.html
  3.  http://www.4shared.com/video/d2Clnhduce/Descendants_Of_The_Sun_HD_Ep_3.html
  4.  http://www.4shared.com/video/c5HZMHl6ba/Descendants_Of_The_Sun_HD_Ep_4.html
  5.  http://www.4shared.com/video/jlYOAuqNce/Descendants_Of_The_Sun_HD_Ep_5.html
  6.  http://www.4shared.com/video/eipypKvKba/Descendants_Of_The_Sun_HD_Ep_6.html
  7.  http://www.4shared.com/video/8YMAauMGba/Descendants_Of_The_Sun_HD_Ep_7.html
  8.  http://www.4shared.com/video/S7RhU3bCba/Descendants_Of_The_Sun_HD_Ep_8.html
  9.  http://www.4shared.com/video/E_22X0dTba/Descendants_Of_The_Sun_HD_Ep_9.html
  10. http://www.4shared.com/video/-Sqd3_MEba/Descendants_Of_The_Sun_HD_Ep10.html
  11. http://www.4shared.com/video/lK2Yr2mfce/Descendants_Of_The_Sun_HD_Ep11.html
  12. http://www.4shared.com/video/vaw_3GFUba/Descendants_Of_The_Sun_HD_Ep12.html
  13. http://www.4shared.com/video/vCqiqo4ece/Descendants_Of_The_Sun_HD_Ep13.html
  14. http://www.4shared.com/video/N8DbFohice/Descendants_Of_The_Sun_HD_Ep14.html
  15.   http://www.4shared.com/video/3FUNNYakba/Descendants_Of_The_Sun_HD_Ep15.html 
  16.   http://www.4shared.com/video/KXJV2ZYDba/Descendants_Of_The_Sun_HD_Ep16.html
Jangan lupa download ya!!


UPDATE 17.5.2016
Saya tidak berjaya mendownload dari link2 di atas. Bila klik dikatakan tiada link ditemui. Tapi saya telah mendawnload dari laman myasiantv (plih paparan 720)

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"