PAGES

Saturday, May 14, 2016

SUMUT : 2 : Air Terjun Sigura Gura

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Aduhhh... niat nak update cepat2 macam terbengkalai ajer. Kemain bercinta nak on lappy. Kekadang tu bila online nak menulis tu termenung pulak yang lebih. Lappy ni pun maklumlah asyik meloading aje manjang. Kat sekolah pulak dok jauh pada akses intenet. Kalau nak update dekat tepon akak mintak mahap la ye... idok sesekali... bila tengok Cik Anne laju je update, makin terbakor teman rasa.

Apapun saya cuba la jugak tulis mana yang masih ingat. Sayang pulak kalau nak buat tak tahu. Kalau bukan untuk orang lain pun dah tentulah kisah2 ini untuk tatapan diri sendiri satu hari nanti.

Lepas pada touch down Medan dalam pukul 12 ke 1 pagi gitu lah, kitorang terus aje keluar untuk jumpa Yovie. Masa tu serius blur. Dengan tak mandi, dok bergelimpangan seharian di KLIA, dengan macam2 perasaannya, saya ikut je ahli jemaah. Seramai 7 orang, naik Avanza, macam sardin kemek kami di dalam. Saya tak ada masalah dengan benda tu, asalkan tak dok belakang sudah. Bukan apa, kalau dah mabuk panjang lak citernya.

Serius, untuk trip ni saya tak riki2 langsung. Apa tempatnya, kat mana, atau apa yang ada saya serius tak ambil tahu. Konon2 nak thrill la sangat... tapi bila fikir2 balik seronok jugak ikut trip cenggini... tak ada la perasan diva sangat.


Dari airport, kami meredah kepekatan malam menuju entah ke mana. Yang saya ingat, jalannya hampir sama semasa trip Acheh dulu, iaitu jalan ke Jantho. Walaupun perjalanan di waktu malam, menginjak ke pagi, memang sukar bagi saya nak melelapkan mata. Memang selalu pun kalau dalam kereta saya ngakk bisa tidur, jadi hanya melayan gelap malam dan mendengar suara Yovie menyanyi untuk menghilangkan mengantuk. Jeles jugak dengan geng2 lain yang boleh aje tidur...



Dalam perjalanan tu, tak tahu la di mana duduknya, dari malam sampai ke pagi, dari gelap sampai ke terang, Yovie akhirnya berhenti seketika di tengah2 perjalanan, singgah melihat pemandangan Air Terjun Si Gura Gura. Dah jejak tanah tu dapatlah menghilangkan sedikit lenguh di badan. Macam patah pinggang weh...

Air Terjun Sigura-gura menjadi salah satu objek wisata alam unggulan bagi masyarakat Provinsi Sumatera Utara, khususnya masyarakat Kabupaten Toba Samosir. Air terjun ini merupakan air terjun tertinggi di Indonesia dengan ketinggian mencapai 250 meter. Ketinggian air terjun ini mengalahkan ketinggian Air Terjun Madakaripura (200 meter) dan Air Terjun Payukumbuh (150 meter) yang berada di Provinsi Sumatera Barat. Air Terjun Sigura-gura terletak di Kabupaten Toba Samosir yang tak lain adalah dataran tinggi di pinggiran Danau Toba tepatnya 250 km dari pusat Kota Medan. Letaknya yang tidak terlalu jauh dengan objek wisata Danau Toba membuat air terjun ini selalu ramai dikunjungi oleh para wisatawan baik wisatawan lokal, wisatawan dari luar Provinsi Sumatera Utara, bahkan wisatawan mancanegara. Siapapun yang berkunjung pastinya akan merasakan sensasi sejuk sehingga mampu menjadikan badan dan pikiran kembali fresh. [Sumber


Agaknya waktu masih pagi sangat, dan barangkali minda pun belum set, tambah pulak dengan saya ni tak pandai nak ambil gambar, jadi hanya inilah foto2 yng layak dikongsi. Air terjun tu nampak sayup2 aje, tapi dari tempat kami berhenti tu boleh dengar deruannya.


Nampak tak betapa tinggi air terun tu. Takleh nak fikir nak duduk kat mana untuk dapat view yang lebih cantik. Kot2 saya pulak yang terjun nanti.


Air terjun lain yang ada di kawasan itu. Di dalam segiempat purple tu pun sebenarnya ada air terjun, tapi tak berapa nampak pulak. Kalau difikir2 memang pelik la kan... dari atas puncak bukit yang tinggi begitu boleh pulak air terjun, mana datangnya air tu ekk...


Jalan yang kami lalui, yang penuh berliku, bukan saja Yovie yang memandu mengawal brek kereta, saya yang dok ditengah2 pun sama membrek bila melalui selekoh. Sumpah seram!


Kengkawan yang ada... banyak gak dok melepak di sini. Mengharapkan makanan barangkali. Tapi kalau kami pun perutnya berkeroncong meminta di isi, tak munasabah la nak share dengan depa kan???


He he he...


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]