PAGES

Saturday, June 11, 2016

SUMUT : 7 : Huta Ginjang / Bukit Doa

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dari Air Panas Sipoholon, kami singgah dulu di Huta Ginjang. Walaupun perjalanan agak lama dek kerana terpaksa patah balik ke air panas kerana salah seorang ahli jemaah tertinggal beg sandang yang ada pasport di dalamnya. Haaaa... kau mampu? Kalau saya la gamaknya toreh tak berdarah la muka tu... Nasib baik ada lagi begnya walaupun pada ketika kami turun tu ada beberapa orang budak lelaki yang tengah naik. Alhamdulillah...


Destinasi Huta Ginjang / Bukit Doa ni saya tak pasti area mana tapi kedudukannya masih lagi menampakkan vew Danau Toba. Agaknya dari sisi yang lain kot selain pandangan dari kubur Kristian yang saya dah up kan sebelum ni. Masa kami sampai tu matahari tegak kat kepala, tapi masih tak dapat nak layan view sebab kabus yang tebal. Macam2 Yovie bagitahu, Pulau Mangga, Pulau Samosir... semuanya tak dapat dilihat dengan jelas.




Pandangan yang kabur, kelam dek kabus tengah hari


Ada ditunjukkan papan kenyataan usang yang menyatakan taburan hujan barangkali. Saya tak pasti la Huta Ginjang ni salah satu tempat tumpuan atau tidak. Masa kami sampai tu tak ramai orang di sana, tempat berjualan juga ada 1 2 sahaja. Ada la yang menjual makanan, minuman dan juga cenderamata. Tapi memang layan la bila pekena teh sambil makan megi cup (tak ingat apa namanya di sana).


Daerah yang tidak diketahui


Monumen tangan sedang berdoa. Sekali pandang memang ngeri. Macam tangan betul pun ada. Kalau nak masuk ke dalam tu kena bayar, tapi tak pasti lak berapa. Yang tengah nak ambil gambar itulah Yovie... he he he...


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

3 comments:

  1. Salam ...Sy ada email untuk minta izin copy resepi dan gambar ..sila check email saudari
    Wan Azri fb.com/resepimasakanmoden
    Fb Page: Dapurbaru .net fb.com/dapurbarux

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]