PAGES

Friday, July 15, 2016

Program AMAL (Anak Muda Cakno Masyarakat) Dun Gaal #1

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Program sukaneka ni sebenarnya dah berjalan bulan Mac haritu, cuma saya yang tak sempat nak up N3 sebab tak sempat nak sort gambo banyak sangat. Kalau tak share rasa macam rugi pulak. Tapi suka saya nak ingatkan ini bukan N3 berbaur politik, cuma pada ketika itu program yang dianjurkan ni adalah dari parti pembangkang. Sebab itulah kalau tengok ada banyak gambar2 orang memakai baju hijau putih. Harap faham2 la ya!

Saya sebenarnya tak bercadang nak review aktiviti ni tapi masa saya balik kampung, saya bawa balik DSLR, jadi macam rugi la pulak kalau tak abadikan momen2 ni kan... Segan tak segan saya sempat la snap banyak juga gambar, kira2 jadi wartawan tak bertauliah la sat. Saya bahagikan N3 ni kepada 3 bahagian, sebab banyak nak kongsi.


Program ni diadakan di kampung sebelah, dekat saja dengan kampung saya. Kebetulan nak bawa My Mek ke sana saya pun ikut la sekali dan sempat jugak main boling kelapa walaupun tak menang. 




Walaupun program pada hari itu hanya untuk bersuka2 sambil mengerat silaturrahim, ada banyak juga hadiah yang disediakan bagi setiap acara sukaneka. sukanekanya pulak melibatkan semua peringkat umur, veteran, pertengahan dan kanak2.


Acara boling kelapa. 


Saya suka momen ni. Bukan selalu dapat capture wajah My Cek... dia pun nak try baling.


Panggilan Tok Bilal sangat sinonim dengannya.


Ewahhh.. entah berapa pin yang berjaya dijatuhkan


Ini pula acara nyepak Piya iaitu sepak bola dan masukkan ke dalam kaki kerusi. Suka je tengok budak2 lelaki


Agak2 masuk ke dok?


Pusingan kedua untuk mencari pemenang.


Acara seterusnya. Getah para @ bidah getah. 


Nampak tak getah kat tengah2 gambar tu?


Veteran Haji Ismail turut try test


Kemain semangat otai


Yeahhh


Aisey... tak banyak la pulak


Kira berapa jumlah getah yang jatuh dari para.


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]