PAGES

Tuesday, July 12, 2016

Ramadhan & Aidilfitri 1437H / 2016

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Perghhh... lama giler tak update. Nasib baik masih ingat password nak log in. Konon nak steady up N3 tapi hakikatnya tak mampu nak tepati janji sendiri. Sejak lappy semput ni memang tak berapa ada mood nak ngadap, pakai HP lagi la tak koser. Apapun tak kisahlah ada N3 atau tidak. Dah namanya pun berblog untuk sendiri2 je biorkan aje...

Ketupat manis, nampaknya masih ada seni walaupun bungkus 2 kali je setahun



Tahun ni rezeki Ramadhan dapat berpuasa seminggu di kampung sebab masih dalam cuti sekolah. Memang puas dapat berbuka dan bersahur bersama adik beradik. Rasa macam raya pulak bila semua ada. Cuma agak ralat sikit sebab minggu pertama cuti tu saya masih dalam trip dan hanya balik ke Pasir Puteh petang sebelum puasa. Lepas tu hujung minggu saya tak balik dah sebab kejar masa nak siapkan baju raya. Sebab dah delay masa cuti sekolah tu... agak hectic jugak dan rush nak buat. Tambah2 bila hujung2 nak cuti tu banyak pulak program di sekolah.

Sepanjang Ramadhan, Alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik. Alhamdulillah dapat menunaikan solat terawih dan witir walaupun tanpa imam. Alhamdulillah dapat berpuasa seadanya walau ada ketikanya stress juga bila tetiba tahu period pukul 7.05 petang. He he he... Alhamdulillah atas semua rezeki Allah beri

 Balik untuk cuti raya pun tak ada masalah, pergi dan balik tak menempuh sesak jalan sehingga menyesakkan dada. Aidilfitri masih juga seperti tahun2 sebelumnya. Masih beraya sebagai orang bujang... masih bergiliran di rumah ayah bonda.. masih kena menyiapkan segala juadah untuk yang datang. Alhamdulillah raya kali ni ada rezeki lebih sikit boleh dikongsi dengan yang memerlukan.

Yang tak menahannya, tak banyak gambar dapat ambil walaupun angkut balik DSLR sebabnya terlupa ambil memori kad. Aiiii memang geram sungguh sebab masa tu semua ahli keluarga sudi nak bergambar...tetiba baru perasan. Sudahnya berselpi selpot ajelah pakai telefon.

Lima hari dapat beraya di kampung, nak kena balik ke CH. Heboh satu Malaya tentang jem di Kelantan. Sebenarnya disitulah kemeriahan balik dan pulang beraya. Tak nak jadi macam tahun lepas, balik kali ni saya gerak lebih awal dan ikut jalan Jeli-Gua Musang. Alhamdulillah trafik lancar dan hanya 5 jam untuk sampai. Kalau ikut jalan Gua Musang-Kota Bharu tak tahulah berapa lama. Dengan kereta manual dan laluan mendaki, risau jugak kot apa2. Tapi Alhamdulillah bila semuanya ok ok saja.

Pada semua, teman2 dan teman blogger, saya ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin. Maaf jika ada silap atau salah kerana saya tidak sempurna...


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

2 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]