PAGES

Wednesday, July 11, 2018

Kuih Siput

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Setakat yang saya dok buat siput ni, belum ada satu pun resepi yang betul-betul membuat saya teringat-ingat terbayang bayang akan kesedapannya. Bukan nak kata resepi tu tak jadi, cuma tak berapa kena dengan standart tekak saya ni. Boleh je makan, dah on the way nak habis dah pun, cuma itulah, setakat nak makan-makan tu ok aje..

Resepi ni saja saya Google, tengok untuk cuba yang lain pulak, bila ada banyak resepi ni boleh la kita buat perbandingan. Bukan main gigih bancuh sekilo tepung...riuk pinggang nak habiskan.


 Sumber : resepicheff




Satu adunan dah siap. Saya buat ni masa tengah puasa, jadi takleh nak try masin ke manis ke tahu tahu dah siap tawar habier rupanya.


Dah namanya siput, tapi kenapa jadi memanjang pulekk? Bukan apa, bila ditonyohkan (kasau nau bunyinya) dekat acuan eh melekat lak dia. Mau berejam baru siap. Dokk fikir fikir nak gunting aje tapi bila ingat balik ada mesin buat mee tu kita gunakan ajelah. Baru cepat sikit siap. Jadi memang tak adalah rupa siput, tadi jadi kerepek gunting pula kekdahnya.


Sedikit kembung bila dah goreng. Macam rapun pulak mungkin dek penggunaan marjerin. Apapun berbaloi untuk dicuba, lepas la nak kudap kudap sambil tengok tv. Tapi saya ni semua dah bawa balik ke kampung, kalau tinggal semua habislah asyik dok kunyah dia aje. Bahaya... bahaya...


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]