PAGES

Thursday, July 5, 2018

Rendang daging Hitam Manis

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 


Bila cerita tentang rendang, saya mahupun famili memang tak 'berapa'suka makan. Kalau buat memang lambat nak laku. Pernah sekali saya buat 2 kilo rendang daging masa raya, jenuh nak perabiskan. Kalau buat rendang daging ok sikit jika dibandingkan dengan rendang ayam. Sebab itulah saya tak reti nak merendang... he he he


Tapi rendang daging hitam manis ni saya buat baru-baru ni sebab terasa nak makan. Dalam tak suka rendang tu, saya sebenarnya suka rendang Tok (Perak). Oleh sebab malas nak buat rendang yang "otai" ni saya buat rendang biasa-biasa ajelah. Saya buat penghujung Ramadhan untuk dimakan dengan nasi lobak merah di pagi Aidilfitri. Kata My Mek, bubuh sikit jah daun kunyit, sebab kalau banyak-banyak nanti lagi semerbak bau dia. Bimbang pulak takde orang nak jamah. 





Saya buat takdelah ikut resepi 100%. As usual la kan, dah tahu bahan apa diguna kita ejaslah dengan kuantiti yang kita ada. Saya tumis di dalam NOXXA dan HP 35 minit kemudian saya keringkan sedikit di atas dapur gas. Alhamdulillah rasa dia boleh tahan dan habis haritu jugak. Suka saya tengok bila my mek dan my cek makan tanpa komplen. Saya pun menikmati, bila dah habis tu macam tercari-cari je nak makan lagi. InShaAllah nanti kalau ada masa nak cuba rendang hitam yang lain pulak. Buat stok dalam freezer bila bila rasa nak makan hangatkan aje... Korang kalau nak cuba dipersilakan eh, memang recommended nih...
RENDANG DAGING HITAM MANIS

Sumber : Melinblossom



Bahan² 
600 gm daging lembu - dipotong kecil 
2 batang serai - diketuk 
5 sudu besar kerisik 
3 sudu besar kicap manis 
2 sudu besar cili giling 
200 ml santan kelapa 
2 batang kayu manis 
3 kuntum bunga lawang 
20 gm daun kunyit - dihiris halus 
Garam dan gula secukup rasa  
Minyak untuk menumis 

Bahan² Kisar 
7 ulas bawang merah 
5 ulas bawang putih 
30 gm halia 
20 gm lengkuas 


Cara² 


Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama cili giling hingga naik baunya.
Masukkan bunga lawang, kayu manis dan serai lalu ditumis seketika.
Tambahkan kicap manis dan kacau sebati.
Masukkan daging dan santan. Masak hingga daging empuk.
Kemudian masukkan kerisik dan kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Taburkan hirisan daun kunyit dan gaul rata.
Angkat dan sedia untuk dihidang.


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]