PAGES

Saturday, August 4, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : Candi Sambisari

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila melihat lihat semula gambar gambar di trip ni memang menggamit nostalgia semula. Memang trip ni ohsem sesangat, dengan kengkawan, dengan guide / driver sungguh saya suka. Perasaan pun taklah bercampur gaul macam trip SUMUT sebelumnya. Mungkin jugak bilangan ahli jemaah yang sikit maka sikitlah jugak dramanya. Satu lagi bila tengok balik, asa segan pun ada sebab masa ni saya masih lagi bersaiz XL. Ha ha ha...


Back to the n3 di negara ni memang terkenal dengan candi candi yang ada tinggalan zaman dahulu. Saya kira ini berkait rapat dengan pengaruh agama Hindu. Ini pertama kali saya melihat candi secara live, di luar negara pulak tu. Walaupun ada candi ditemui di Kedah, tidaklah saya berkesempatan lagi untuk melihatnya. Hal hal Sejarah ni kalau tanya Dyl memang di hujung jari dia sajalah. 





Saya paling suka gambar ni. Entahlah kenapa, macam kena segala galanya. Masa ni hujan tak la berapa lebat, tapi cukup nak melencunkan baju kalau tak berpayung. 


Group photo.


Lagi...



Tengok bahu macam drumstick KFC, yang spicy punya...


Yang ini bukan candi SAmbisari, tetapi gugusan candi yang ada berdekatan jalan masuk. Entah apa namanya dah lupa.


Kawasan candi ni tak la besar sangat, tetapi ianya dipulihara dan dipelihara dengan baik. Katanya candi ni tertanam di dalam tanah tetapi telah digali dan dibentukkan semula sebab itulah kalau tengok kedudukannya agak ke dalam sedikit berbanding tanah atas.


Saya kagum betul dengan cara penduduk mengeksploitasi sesuatu kawasan untuk dijadikan kawasan tarikan pelancongan. Sampah langsung tak ada, dan kalau nak masuk mesti kena bayar (masa masuk ke sini lupa kena bayar ke tak. Rasa acam kena..)

Kagum dengan senibina. Susunatur blok hingga menjadi binaan yang sukar ditandingi pada masa sekarang...

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]