PAGES

Wednesday, August 29, 2018

Muffin Pisang Mudah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya rasa lately ni saya memang jatuh cinta sesangat dengan muffin. Macam hari hari nak buat. Mungkin teksturnya lebih kurang sama saja dengan kek atau cupcake, tapi kerana resepi dan kaedah penyediaannya yang mudah membuatkan saya tak jemu mencuba resepi resepi yang saya jumpa. Biasanya untuk satu adunan tu dapat dalam 12 biji muffin saiz apa ya... M kot dan tak ambil  masa lama nak perabiskannya. Saya makan 2 atau 3 ketul dan selebihnya saya bawa ke sekolah untuk kawan kawan atau bagi ke bebudak.

Kalau ikutkan muffin ni (dan kawan kawan dia) tak berapa nak sesuai untuk fasa mengekalkan berat badan tapi kalau asyik teringat nak makan aje pun tak sesuai jugak kan. Jadi bila rasa nak makan tu kita buatlah dan makan sekadar untuk merasa.


Muffin pisang ni saya jumpa resepinya di FB Zack, maklumlah lama tak jumpa sekali bertemu di FB kita stalk dan jumpa resepi yang dishare. Ofkos la kita SS dulu dan masuk dalam senarai waiting list kita. Kebetulan pulak memang ada stok pisang masak dalam esok, saya gunakan semua walaupun lebih banyak sekali ganda dari resepi yang dinyatakan.




Satu lagi, bila buat muffin ni saya lagi suka menggunakan resepi yang menggunakan penimbang, sebab saya tak berapa nak suka menggunakan penyukat cawan metrik. Kenapa ya? Malas nak basuh kot...hi hi hi


Daripada resepi yang dikongsi, saya ada ubah sesikit mengikut bahan yang saya ada. Antaranya pisang saya lebihkan sekali ganda kes nak perabis stok, pastu telur saya guna satu sahaja dan gula saya kurangkan lagi sebab menjangkakan pisang sudah agak manis. Hasilnya memang superb, memang lembut dan manisnya ngam ngam selera saya. Korang boleh jugak cuba ni ya, memang recommended sangat. Oh ya, saya guna manual aje, malas nak blend blend ni. Alhamdulillah menjadi... #dasarpemalasinianakdara



 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]