PAGES

Thursday, August 16, 2018

Roti Naan Cheese (Slice Cheese)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kadang kadang bila dah cemuih makan nasi, pilihan yang sihat adalah homemade roti naan. Memang boleh je kalau nak beli di kedai tapi yang dibuat sendiri ni lebih terjamin kebersihan dan penggunaan bahan bahan yang terbaik. Jadi godek resepi dan hempuklah sendiri.



Memang jelita sangat roti naan ni. Kalau yang saya pernah buat dulu resepinya menggunakan yogurt, resepi kali ni hanya basic sangat sangat tapi jangan terkejut hasilnya sangat memuaskan. Saya buat hanya setengah adunan, bahagi kepada  3 bahagian. Untuk bahagian 1 saya masukkan slice cheese dan 2 lagi saya frozenkan. 1 bahagian frozen tu saya dah buat plain naan tinggal 1 bahagian lagi dok rilek elok dalam freezer.





Meh saya kongsikan macam mana saya frozenkan doh (seperti yang dikongsi oleh rakan sekolah). Doh yang sudah dipenaikkan, ditumbuk buang anginnya dan dibulat bulatkan mengikut berat yang dikehendaki. Kalau nak fozenkan semua pun no hal. Saya buat sikit sikit sebab nanti nak masak pun sikit sikit juga. Doh yang dah siap tu dibungkus dengan plastik wrap dan dibungkus sekali lagi dengan aluminium foil kemudian diletakkan dalam bekas bertutup. Pastu letak ajelah dalam freezer. Bila nak gunakan, pagi pagi tu boleh keluarkan. Bila doh dah defrost boleh penaikkan sekali lagi dan bolehlah dibuat roti apa apa yang dikehendaki


Roti naan yang telah dipenyekkan guna tangan aje. Kalau nak tebal sikit pun boleh, yang saya buat ni agak nipis. Nampak tak ketul cheese dalam tu? Sekeping roti ni saya letak 1 cheese.


Bakar dalam pan aje. Jangan lupa tutup.


Bila dah masak sapu dengan butter (sebaiknya guna yang salted sebab dalam adunan tiada garam). Untuk simpanan agar kekal lembut, roti naan ni boleh dimasukkan ke dalam bekas bertutup (masukkan masa panas panas tu).


Dah siap dan gebu gebas. Saya makan dengan rendang daging dan sambal sardin je. Alhamdulillah sedap. Baru baru ni saya buat 1 adunan di kampung sempena akikah anak saudara baru. Ada pulak yang meminta resepi nak membuatnya di rumah. Semoga murah rezeki penyumbang resepi ni..

Resepi Roti Nan Cheese Simple


Bahan-bahan :

1 kilo tepung gandum
½cawan pelanta

½cawan gula

2½cawan air 

1 sudu besar mauripan
Cheese keping


Cara Cara Masak Roti Nan Cheese Simple

1. Masukan gula dalam air dan kacau.
2. Masukan tepung,planta,mauripan dalam bekas, gaul sampai sebati, pastu tuang air, tambah gula ke dalam tepung sedikit-demi sedikit dan uli sampai tepung tak melekat. Tetapi jangan sampai bancuhan menjadi keras

3. Tutup dengan kain basah dan perap dalam ½jam.

4.  Bila bancuhan dah naik, tumbuk-tumbuk kan tepung itu dan uli dought menjadi bulat sebesar penumbuk dan masukan cheese ke dalam dought tersebut.

5. Canaikan menjadi leper dan biarkan selama 15 minit
6. Masak menggunakan kuali pan dengan api perlahan
7. Tutup kuali dengan penutup dan bila dah nampak masak sapukan majerin untuk mewangikan roti tersebut

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]