PAGES

Wednesday, September 19, 2018

Kiub Halia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya selalu ada stok kiub halia di dalam esbok, sebabnya saya memang suka minum teh halia, dicampurkan dengan madu atau lemon. Jadi dengan adanya kiub halia macam ni dah tak payah nak sedia sikit sikit bila rasa nak minum tu. Alaaa ini macam kita buat ais kiub tu la, bila nak minum je ambil 3 4 ketul dah setel. Nak bekukan tu terpulanglah pada alat apa yang ada. Macam saya ni guna bekas ais je.


Dah siap. Dah beku, boleh disimpan dalam bekas bertutup dan masukkan semula dalam peti sejuk. Biasa kalau saya nak minum ambil 2 / 3 ketul kiub ni cairkan dulu dalam mug lepas tu baru letak air panas. Kalau terus campur air panas nanti teh tu jadi suam pulak.





Jus halia yang baru dimasukkan ke dalam bekas untuk dibekukakn.


Elok bekunya.


Dah siap. Seeloknya gunakan halia tua, baru dapat kesan elok sikit. Kalau halia muda ni tak rasa sangat kan...


Halia yang telah ditapis keluar airnya. Biasa saya taklah perah beriya sampai hampas ni kering sebab saya akan gunakan semula hampas ni sebagai bahan perapan, saya campur dengan bawang putih dan lada hitam, pastu kalau nak grill ikan ke ayam just lumurkan aje. Baru tak membazir.

KIUB HALIA
Oleh : Cik Sue

Bahan-bahan :
Halia (tua)
Sedikit air

Cara membuatnya :
Kupas kulit halia dan potong nipis
Blend dengan air (jangan banyak / mencukupi sahaja) hingga halus
Tapis
Masukkan jus ke dalam bekas untuk dibekukakn
Bila sudah mengeras pindahkan ke dalam bekas bertutup


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]