PAGES

Sunday, September 23, 2018

Oyster Cookies

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Biskut ni tak cadang pun nak buat. Tengah tak ada kerja, boring dok saja godek satu adunan. Saya memang selalu je guna resepi ni. Cuma itulah, belum lagi dapat shape yang sepatutnya dan rasa sentiasa berubah. Kali ni guna butter mahal, tapi belum sampai piawaian lagi nampaknya. Sekadar nak makan makan tu lepas lah.


Kali ni saya guna acuan samperit je, sebab bukan saya yang buat. Saya bancuh adunan je dan suruh anak saudara saya yang paipkan.






Nasib dia tak jadi biskut merry aje.


Saya tempekkan sekali lagi resepinya di sini. Next time kalau nak buat lagi tak la nak cari cari... 


OYSTER COOKIES
  Resepi : HaSue
 Sumber : Majalah Chef

Bahan-bahan:
250g mentega
60g gula halus/gula icing
220g tepung gandum
30g tepung kastad
Secubit garam
Ceri merah atau Coklat chips secukupnya

Cara-cara:
Gula dan mentega dipukul sehingga kembang dan creamy. Masukkan garam dan tepung kastad.
Gaul rata menggunakan spatula atau senduk kayu.
Sementara itu,panaskan oven pada suhu 170'C.
Masukkan ke dalam piping bag ber nozzle bintang dan picitkan di atas dulang oven yang sudah dialas baking paper.
Bakar selama 7 minit atau sehingga masak. Selamat mencuba! 


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. I have read your blog it is very helpful for me. I want to say thanks to you. I have bookmark your site for future updates. Instagram stories view and download anonymously, Instagram private profile viewer, save Instagram post photo and video on Instagram viewer.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]