Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Salam Ramadhan 7. Dah seminggu berpuasa. Kejap je masa berlalu. Dari seminggu jadi dua, tiga dan empat, tahu tahu dah raya dan Ramadhan akan pergi meninggalkan kita... -_- Dan kita pun akan berdoa agar ditemukan dengan Ramadhan seterusnya. InshaAllah..
Kek ni pun dah lama kena sidai dalam draft. Pernah tular juga satu ketika dulu. Rasanya masam manis memang tak muak di makan. Cuma itulah, bila buat kek sebiji ni lambat nak habis. Selalu buat dan bawa ke tempat keje. Sekarang ni banyak enzim M, mampu tengok ajelah...

Tengoklah taburan buah di atasnya. Masa ni masih di CH, memang mudah nak dapat strawberi, petik belakang rumah aje. Ehhh... tipu je, kita beli jugak wak. He he he.. Saya letak jugak blueberry dan hirisan buah pear. Cuma tak bedakkan dengan gula ising sebab tak ada. Menjadi jugak cuma rupa paras lah tak berapa jelita.

Hasil keratan rentas di dalam. Memang gebu kalau kena caranya. Hirisan buah tu pulak elok je dengar kata dok kat atas, tak kata tenggelam ke dalam kek.

Sebelum masuk oven. Nampak pun dah gebu elok. Sekarang ni rasa bercinta betul nak baking. Kadang-kadang terperuk dalam peti tak habis makan. Dah bagi orang pun tak habis jugak. Nak bagi orang pun deme kata nak diet, so kita taknak la jadi perosak program deme... Sudahnya bila nak buat dok dengan niat gitulah..jadinya tidak. Haaaa, ada la tu serupa saya.. ^-^
FRUIT PASTRY CAKE
https://www.instagram.com/p/BoB3o5ajObH/?taken-by=surianti_kitchen
Bahan-bahan :
• 100 g mentega
• 180 g gula caster (saya letak 160 g)
• 50 g sour cream (atau greek yogurt perisa asli)
• 3 biji telur gred A (dipukul sedikit dengan garfu)
• 1/2 sudu teh esen vanilla
• 1 sudu teh pes lemon (atau pati sunquick)
• 210 gm tepung naik sendiri
Bahan hiasan :
• Buah-buahan seperti strawberi , blueberry, peach, kiwi, nenas, epal dan lain-lain jenis buah yang tidak terlalu berair. Jika menggunakan buah dalam tin, airnya hendaklah ditoskan dan buah perlu dilap kering.
• Snow powder secukupnya (untuk ditabur atas kek yang telah masak)
Cara penyediaan :
1. Pukul mentega , gula dan sour cream sehingga kembang dan ringan.
2. Masukkan telur sambil dipukul lagi. Bila telah sebati, masukkan esen vanilla dan pes lemon.
3. Masukkan tepung dan kacau secara kaup balik.
4. Griskan loyang bulat bersaiz 8 inci (dalam video saya pakai saiz 9 inci), alas dengan kertas minyak dan gris sekali lagi.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang dan ratakan permukaannya. Hentak 2 atau 3 kali untuk mengeluarkan udara dan supaya buah tidak tenggelam nanti.
6. Susun buah-buahan pada bahagian atas kek (tidak perlu ditekan, memadai meletakkannya sahaja).
7. Panaskan ketuhar selama 10 minit terlebih dahulu. Bakar adunan kek pada suhu 160’C selama 45 - 50 minit. (bergantung kepada oven masing-masing)
8. Sejukkan kek diredai dan boleh dihias dengan menabur snow powder diatasnya. Boleh lihat posting sebelumnya untuk melihat kek yang telah siap.
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]