PAGES

Tuesday, October 2, 2018

Kek Lapis Red Velvet Cheese

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya memang suka dengan apa apa sahaja yang berkaitan dengan red velvet. Kek, brownies, biskut, aduhai sedapnya...sukar nak dijelaskan perasaan tu. Jadi bila ada resepi baru yang saya jumpa memang saya usahakan untuk mencuba. Tapi macam resepi kek ni memang merupakan my keeper recepi la sebab kalau nak buat kek lapis RV memang saya akan guna resepi ni pun. Alkisahya saya buat kek ni masa Aidiladha lalu, saja nak makan makan dan bolehlah dijamu orang yag datang.


Rupa paras selepas kejadian. Memang sengaja saya perangkan sedikit bahagian atasnya. Kalau buat kek lapis saya memang lebih suka menggunakan loyang empat segi, sebab macam sama je dengan kek lapis yang dibeli bila kita potong tu nanti.






Pandangan dari sini. Bukan main timbang setiap adunan untuk dilapis tapi masih tak sama. He he he..


Lapik dulu dengan parchment paper. Baru senang nak keluarkan kek. Untuk kek apa apa pun memang saya letakkan kertas ni di bahagian bawah. Kalau tak menderita tau nak keluarkan. Iyalah kadang kadang ada kek yang kita nak kena keluarkan panas panas, ada kek yang kita nak biarkan menyejuk dalam acuan. Jadi nak lebih mudah letaklah kertas ni. Saya beli dekat DIY aje satu gulung ada 5 meter panjang.


Adunan RV. Tak berapa nak merah sebab pewarna agaknya. Setakat dok keluar masuk bakery ni memang tak pernah jumpa kaler bright red. Sakit hati beul.


Adunan cheese. Ini semua saya timbang ya, gigih sangat sebab nak tengok macam mana kejadiannya.


Yang dah dibelah belah, dipotong. Ada lapisan yang tak melekat tapi takde hal lah.



Keratan rentas di dalam. Kalau nak dibandingkan dengan hasil kali pertama dulu yang ni macam tak berapa nak gebu. Overmix barangkali. Tapi hasilnya tetap sama. Cuma masa buat ni peti ais di rumah rosak, takleh nak simpan. Bila dah beberapa hari dia jadi basi dan rosak. Sedih sangat tau sebab belum puas makan. Itu tandanya kena buat lagi la tu... He he he...


KEK LAPIS RED VELVET CHEESE 

Source: original by Sury Abil, shared by SeleraSakura


LAPISAN RED VELVET:
250g Mentega
5 biji Telur gred A 
235g Tepung Gandum*
2-3 sb Serbuk Koko* (* ayak bersama)
175g Gula Kastor
150g Susu Pekat
1 cwn (135g) Mixed Berries Yogurt 
1 st Ovallette 
Pewarna Merah 


LAPISAN CHEESE:
500g Cream Cheese 
3 biji Telur gred A 
120g Gula Kastor 
1st Esen Vanila



CARA2:

1. Red Velvet: 
Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang.
Masukkan ovallette, telur satu persatu, putar sehingga sebati dan kembang.
Masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga sebati.
Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk koko yang sudah diayak. Putar sehingga semuanya sebati dengan kelajuan yang perlahan.
Campurkan yogurt bersama pewarna merah, gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi, putar lagi dengan kelajuan yang perlahan sehingga adunan bertukar warna merah sepenuhnya.
2. Adunan Cheese:
Putar cream cheese & gula sehingga lembut & sebati.
Masukkan telur dan esen vanila; putar sehingga sebati.
3. Bakar selapis2 dengan api grill.
Mulakan dengan dua lapisan red velvet, selapis cheese & ulang sehingga habis.
(Resepi asal 3 red velvet / 1 lapis cheese). 


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

  1. Kek yang sedikit keperangan dibahagian atas memang sedap kerana ia ada aroma tersendri.

    ReplyDelete
  2. I just like the helpful information you provide on your articles. I m going to bookmark your site and take a look at again right here regularly. I am reasonably sure I’ll learn lots of new things right here! Best of luck for the next! Alos If you like to learn you may visit at
    esyExcel
    Free Excel Tutorials
    Excel Introduction
    Learn MS Excel
    Microsoft Excel Learning
    Excel FAQs

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]