PAGES

▼

Thursday, October 22, 2026

KB Brewster, Pasir Puteh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sejujurnya, ini adalah tempat yang paling best nak lepak di Pasir Puteh...bagi saya la ye..orang lain tak tahu lah.. 😀

 KB Brewster Pasir Puteh ni tak la besar sangat. Meja pun tak banyak. Lokasinya pulak bagi saya tak berapa strategik, iaitu berdekatan Bulatan Kampung Kelubi, berderet dengan Hotel Azimah dan kedai makan Aina. Kalau tak kena masa, memang tak dapat nak parkir.


Pandangan dari luar. Kecil je kan...ada satu meja untuk geng-geng smoker. Sinki basuh tangan pun ada kat sini. Menu tu standard la kan...kopi, western, dessert...nasi fushion...kalau kata nak nasi campur kena ke kedai sebelah dia tu lah. Hehehe...



Chicken tender...bagi saya sedap makan gitu atau dip dengan sos. Saiz ayam agak besar jenuh nak habiskan 2 orang


Air coklat untuk anak kongsi dengan abah


Crispy chicken burger. Satu je masalah  sebab pinggan tu kecik nau...patut bagi pinggan besar sikit. Asyik tumpah je nachos tu


Fettucini carbonara untuk anak. Anak saya memang selera western sikit, boleh habis satu hidangan ni dia makan sorang


Kopi untuk ibu


Kek batik indulgance..kena tunggu lama sikit baru kek tu lembut


Grace, friendship, happiness


Simple and nice. Memang cozy dalam ni, sesuai nak dating 😘

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]