Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Makanan yang lain dari kebiasaan. Saya jarang buat puding macam ni, selalu buat overnight oat je namun cuba sebab ada banyak stok chia seed di rumah. Tengok di FB ada yang buat guna chia seed je ada yang tambahkan oat. Yang saya buat ni saya tambahkan oat jugak sikit.
Cantik nampak merah jambu sebab saya campur dengan buah naga dan blueberry. Kekuningan tu pulak sebab saya gunakan bekas tu untuk rendaman air safron. Bawak ke sekolah untuk sarapan. Acah-acah makanan sihat gitulahhhh
Buah naga kalau kena yang manis memang sedap kan, tambah-tambah bila dimakan sejuk

Makan sebanyak ni sekejap je habis. Jangan risau high in protein dan fiber ok. Dah lama jugak tak buat ni, sebab malas. Hahahaha...boleh ke gitu??
CHIA OAT PUDDING
By : Cheq Sue
1 kotak susu low fat (200ml)
2 sudu chia seed
1 sudu oat
1/4 buah naga
Segenggam blueberry
Cmpurkan susu dengan chia seed dan oat - kacau dulu hingga sekata untuk mengelakkan chia seed bergumpal. Simpan dalam peti ais semalaman.
Keesokannya barulah masukkan buah-buahan pilihan
Note : Sukatan yang saya buat ni agak cair. Kalau nak lebih pekat boleh lebihkan chia seed
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

.jpeg)
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]