PAGES

Thursday, August 2, 2012

Akok Blossom, Ewahhh...

 
 
Bulan puasa ni tak sah kalau tak ada akok. Walaupun cheq sue tak suka sangat akok tu, tapi entah la suka sangat nak membuatnya. Macam seronok aje bila buat akok dan menjadi, pastu ada pulak orang makan. <ayat provok kah ini?> Kalau ikutkan akok ni, memang dah banyak kali buat guna resepi Zaliana dari MyResepi. Dah tak perlu nak susah2 mengidam nak makan akok, tapi payah nak dapat. Search aje dan boleh buat sendiri. InsyaAllah jadi. Yang ni pun cheq sue guna santan segera je, walaupun tak seharum santan segar tapi boleh la sebagai alternatif.

Untuk kali ini cheq sue buat dalam acuan pecah 8, konon2 nak buat akok bunga tapi masih juga jadi akok 'kkedut'. Tapi yelah bila guna acuan besar ni dapat 3 biji ajelah, masa membakar pun sekejap aje. Yang ni memang sesuai sangatlah untuk orang malas macam I ni :)



Bila buat bentuk bunga tu nampak menarik jugak. Masa bakar tu memang kembang semangkuk, suka tengok. Pastu bila sejuk pelan2 dia turun. Kalau kata xde acuan pecah 8 ni, guna acuan kuih cara pun boleh, yang bulat ke yang cermai tu ke pun boleh. Cheq sue dah cuba buat, jadi aje, janji dapat makan. Kannnn...


Untuk resepi kali ni cheq sue ada ejas sikit, yang diletakkan dalam tulisan merah. TQ pada penyumbang resepi ni. Wassalam.



KUIH AKOK
Resepi : Zaliana @ MyR

Bahan-bahan ( 36 biji )
5 biji telur 6 telur C
200 ml pati santan 250ml santan kotak
100 ml air
150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera 2 keping saiz besar
30 gram tepung gandum 40g
3 helai daun pandan- disiat-siat cheq sue masukkan esen rose
2 cubit garam halus

Cara-cara
Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
 Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut. Oleh sebab cheq sue guna acuan besar, masa membakar tu dalam 15-20 min


Stylish Thankyou

10 comments:

  1. Salam pagi Cheq Sue..

    Sedapnya bila tgk akok tu. Iera ni mmg hantu akok tp tak pernahlah pula mencubanya. Biasa beli je, dok KL ni susah nak jumpa akok yg sedap... balik kg baru boleh jumpa. Nanti nak trylah....

    ReplyDelete
  2. Salam kak, dah mcm kuih bakar lah ni jadinya ehehe.. tak pernah pun makan akok sama ada yg ori ada jual2 kat kedai atau buat sendirik :D

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan ke 13 cheq sue

    peberat ayu nie....
    kalau pi pasar mmg cari kuih nie, ala2 tekak orang kelantan gitu


    nak simpan dlm draf.. mana tau kan.. 1 ari nak try buat sendiri

    thanks syer

    ReplyDelete
  4. Assalam sue, cantik kejadian akok tu, yg kkedut baru akok yg sedap, tentu sedap ni

    ReplyDelete
  5. Sedap tu cheq sue.Hitam2 tu lagi kak ros suka.

    ReplyDelete
  6. kenyang makan sengsorang ni sue..hehehe

    nak turun ipoh ke? alahai kita bz betul le minggu2 nak raya ni...macam2 biskut duk tengah buat ni..hehehe...rumah pun cam tongkang pecah je..tido pun tak menentu...kekeke...dtg raya nanti lah ye...:)

    ReplyDelete
  7. salam Cheq Sue, rajinnye buat akok, kejadiannye pn nmpak mnawan. walopon akk org Selangor, tp..suke sgt ngn akok nih, slalu kawan2 bwk ole2 ni bila balik dri Kelantan. akk suke simpan dlm esbok pstu mkn skit2..hee..

    ReplyDelete
  8. uwaaa..rs nk kelik kg jah tgk akok bunga nii..tergoda betul la cheq sue.. nnt nk bt sndiri jgk lah.. bleh kot bakar dlm acuan muffin..xpnh lg bt akok sndiri..kat penang xjmpa lg akok sejak poso niii ^^

    ReplyDelete
  9. rajin chew sue ni buat akok...siap akok blossom lagi..cantik..jiran akak suka makan akok..suami akak tak berapa makan tu yg jarang dibeli atau dibuat..kalau Tg Malim ni musim bulan puasa ada la org jual akok..kalau tak, mmg susah nak dapatkan akok...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]