PAGES

Monday, January 12, 2015

Ikan Terubuk Masin Goreng

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Satu lagi resepi mudah, siapa sahaja boleh buat. Saya sebenarnya taknak highlight pasal resepi ni. Saya tahu korang punya masakan lagi kebaboom. Saya ni as simple as that aje. Yang saya nak cerita adalah pasal ikan terubuk masin. Kenapanya????

Bukan apa, ini baru pertama kali saya makan, itupun hasil pemberian Cheq Da yang mana dibeli oleh suaminya yang berkunjung ke Sarawak.


Seekor yang diberi tu memang agak besar jugak. Saya bawa balik ke kampung, kalau nak harap makan sendiri di CH memang tak mampu nak habiskan. Pening jugak memula nak masak macam mana, at last jadiklah goreng bodoh2 aje, oreng kendian campk hirisan bawang dengan cili kampung.


Memang sedap la makan dengan nasi panas walaupun kena bersabar sesabar Sabariah tang nak membuang tulangnya tu. Rupa2nya baru saya tahu yang My Cek memang suka ikan terubuk, sampai bertambah dia makan walaupun mulut tak lepas membebel sebab banyak tulang!!


Walau apapun, TQ bebanyak pada yang memberi ikan ni. Moga2 murah rezeki sokmo. Memang puas hati sebab dapat dah rasa akhirnya.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

10 comments:

  1. Memang sedap giler cheq sue..wana pun suka makan..selalu dapat ole2 dari ipar bila balik dari sarawak

    ReplyDelete
  2. terubuk masin ada beza ngan terubuk kering tau... yg kering tu tak berair tapi terubuk masin tu berair sedikit... tu yg sedap tu... kata orang ikan berduri banyak lebih sedap berbanding yg bertulang sikit jer... apa pun enjoy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun susah nk makan sebab kena buang tulang2 dulu...tapi rasanya sangat berbaloi-baloi-baloi....

      Delete
  3. sodap nih... msti dia punya bau sungguh harum semerbak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau jangan citer la Dana.... memang harum satu kampung

      Delete
  4. cheq sue..walaupun simple ia tetap pembuka selera yang mantap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2 membuka selera...sampai makan pun bertambah

      Delete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]