PAGES

▼

Monday, September 21, 2026

Golden Sunrise Sikunir

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Di sini merupakakn satu spot yang sangat baik untuk melihat panorama matahari terbit. Sebenarnya banyak juga tempat matahari terbit dan matahari terbenam di Indonesia kerana muka buminya yang berada di kebanyakan tempat tinggi. Saya sebernarnya masih belum move on dengan panorama matahari terbit di Punthuk Setumbu yang menjadi lokasi penggambaran filem Ada Apa Dengan Cinta. Gittewwww..


Kawasan matahari terbit ini terletak di Bukit Sekunir Dieng yang tingginya lebih kurang 2350 meter dari aras laut. Di sini memang menjadi tumpuan pelancong ya, semuanya nak menikmati keindahan bermulanya hari di awal pagi. Dan dah tentulah ada ongkos masuknya. Cuma sekarang ni tak pastilah macam mana dah infrastrukturnya di sana.


Kena mendaki sikit ya untuk ke puncak, jadi pakailah kasut yang sesuai. Masa saya pegi tu malam sebelumnya hujan, jadi jalan agak licin, kena lebih berhati-hati. Pakaian pulak pakailah yang sesuai sebab cuacanya sejuk.



Ada juga tasik di bahagian bawah dan dijadikan tempat perkhemahan juga.


Sekeping tanda hadir. Sesuatu sungguh dengan gambar ni, cuma abaikan saiz badan -_-


Jangankan kita orang luar, pelancong domestik pun ada. Macam dalam gambar ni diorang siap melancong sempena menyambut bulan Ramadan. Tak apalah kita raikan aje. Macam kat tempat kita jugak la kan, kalau ada tempat yang kita belum sampai mestilah teruja kan...


Tengoklah dalam gambar, dia punya kegigihan tu sampai panjat pokok untuk mendapat pandangan yang paling cantik. Tambah-tambah kalau ketinggian tak berapa ada, memang kena berada di depan. Kalau dok belakang tengok panorama manusia aje lahhh


Cantik, sangat kalau tengok depan mata. Kedudukan awan, bukit bukau dan tanaman semuanya kena dan bagaikan sebuah susunan gambar. 


Di sudut yang lain pulak, awan bagaikan gumpalan kapas yang bergerak perlahan sebelum pecah menjadi gumpalan lebih kecil.


Bila dah menginjak tengah hari, keadaan pun akan mula bertukar dan hilanglah warna jingga kemerahan tadi.


Dah panas  kita turun lah. Laluan bertanah ya, kena slow and steady kalau tak boleh tersembam dek licin.


Kalau lapar boleh beli di gerai. Da jugak yang jual bahan souvenir selain makanan. Ni tak tahulah apa nama, macam cucur kot kalau tempat kita


Ni pun tak tahu nama, rasa macam keladi. Makan panas-panas dalam cuaca sejuk memang layan


Buah terung belanda. Kalau di CH dulu bersepah tepi jalan. Buat air memang sedap.


Kalau nak beli ole-ole buat kengkawan bolehlah singgah. Air panas pun ada tu. Saya tak beli apa-apa, sekadar membawa balik kenangan jeđź’–


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]