Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Tak terbayang weh nak daki gunung masa ikut trip ni...keje gila wehhh! Dah la bukan calang-calang tingginya, 2565 meter dari aras laut. Kita ni pulak spesies round mall, bukan kaki hiking. Apapun terima jugak cabaran ni. Oleh sebab kawasan di sini agak sejuk, tak berapa kepanasan sangatlah masa mendaki tu. Kami mulai mendaki waktu pagi dan sampai pada petangnya. Maklumlah kenderaan beratttt...
Jangan lupa lapor dulu ya..
Jom jom tak sabar nak mendaki
Ada gerai jugak di kaki gunung. Susunan motor tu ojek kot.. Bagi saya lebih senang mendaki daripada menurun, sebab tak perlu guna daya yang lebih banyak. Orang lain tak pastilah. Dalam perjalanan tu kami melalui kawasan pertanian, yang banyak ditanam dengan sayur-sayuran dan juga kekacang.
Haaaa, kan kejap je dah sampai... -_- Masa kami naik ni memang ramai sangat pendaki, macam-macam bangsa ada. Kita pun pening mana nak pacak khemah.
Kami punya guide naik, Anton dan Ifankaji yang sangat pemalu. Dah ada di puncak gunung ni faham-faham jelah nak makan pun bukan kelas kedai, apa-apa yang boleh masuk perut ajelah. Cuma kena fahamlah tak ada tandas yang proper ya..
Sekeping dengan baju kebangsaan. Hahaha..Gigih sangat tau bawa baju kurung dan bergambar ramai-ramai di puncak gunung.
Penginapan semalaman kami...Seronok je berkhemah ramai-ramai dalam keadaan serba kekurangan
Antara khemah yang dipacak. Malamnya tak tahulah pendaki dari mana, siap berkaraoke lagi dengan muzik yang dipasang kuat. Eh memang kurang gula kurang garam lah manusia macam tu...
Panorama yang dikenali Bukit Teletubbies. Nun di puncak sana pun ada jugak khemah..kita sekadar tengok dari jauh jelah. Korang kalau tak tahu apa tu teletubbies boleh Google okeh...
Perjalanan turun kali bermula pada waktu petang. Di tengah-tengah semasa Maghrib boleh dengar azan bergema dari segenap sudut, memang indah sangat momen tu. Suasana gelap, tapi bila melihat ke bawah kawasan kampung, memang meremang bulu roma. Alhamdulillah selamat naik dan turun walaupun dah raca macam nak tercabut lutut dengan kaki. Kalau kata next time kena fikir 40 kali nak naik ke tidak hahahaha...
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]