PAGES

Saturday, May 14, 2011

Acar Tomato

Mmmmm...bila dah menginjak tengah hari ni, kena pk pulak nak masak apa untuk lunch nanti. Bila dah ada kt kg ni citarasa kena ambil kira selera mek dan cek. adik bongsu CS tu ada ayam merah cukup la dia. ingat2 macam nak masak lemak je... lawan dengan ikan kering / ikan singgang goreng. slurrrpppp..... nanti la sat lagi tengok apa ada keliling rumah ni...
tang acar ni pulak, semalam kawan CS bagi la tomato, ada yang merah dan ada yang masih hijau. bila mek tgk yang hijau tu...dan dan je dia cakap...sedap ni kalau buat acar... haaaa tu dah jadik satu hint untuk dibuat...  untuk buat acar ni mudah aje...stail kat umah ni suka acar mentah je... tomato ni memang telah diakui mempunyai khasiat zat vitamin yang tinggi. yang penting dapat awet muda, ibarat kata Dato Mustapha Maarof yang tetap maintain hensemnya...



Jom tgk resepi simple ni...

Bahan2 digunakan :
tomato hijau, bawang besar setengah biji, cili merah / cili padi, cuka, gula dan garam

Cara-cara :
- belah dua tomato dan hiris nipis
- hiris bawang besar dan cili
- masukkan cuka, gula dan garam dan tumbuk2 manja menggunakan senduk...biar air bawang dan cili sebati dengan cuka
- bila sudah mesra, masukkan tomato yang telah dihiris. gaul sebati. rasakan gula dan garamnya

...(*_*) kejap aje dah siap. simpan dulu dalam peti sejuk... baru sedap...

2 comments:

  1. x pnah lagi makan acar tomato bawang je. mungkin nk kene tomato yg fresh la kan? kalo yg lembik2 kang takot x sedap plak.

    ReplyDelete
  2. tomato hijau la nuni, yg putik lagi tu... sedap tawww... kalu hk dh asak x berapa kaw..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]