PAGES

Saturday, May 14, 2011

Buah Salak



Skodeng kat belakang rumah tadi terjumpa beberapa pokok salak yang sedang berbuah. Salak atau nama saintifiknya Salacca edulis (Reinw), adalah sejenis tumbuhan dalam keluarga Palmae. Ia juga dikenali sebagai  ‘Banana in snake skin’. Eeeeeeeeeeeeeee seram kan. Dulu CS ada la bawak balik benih palma merah utk ditanam keliling rumah tapi mek cakap x elok tanam pokok tu sebab ‘makhluk halus’ suka berkumpul kat situ… wallahualam..tu yang cek tanam pokok salak ni…banyak la jugak dia tanam dan dah beberapa kali dapat makan hasilnya.
Untuk menanam pokok salak ni, kena berhati2 jugak, sebab kalau dapat biji benih yang salah, tak dapat buah salak. Kalau kata yang ditanam tu salak jantan, memang membazior masa je.. Alhamdulillah yang cek tanam tu kebanyakannya salak betina.
Pendebungaan salak ni pula disebarkan oleh angin tetapi untuk mendapatkan hasil yang banyak bolehlah dibuat pendebungaan berbantu. Hah? Apa tu????? Pendebungaan berbantu ni penting utk mendapatkan hasil yang berkualiti dan maksimum. Kalau nak harapkan pendebungaan semulajadi, buah yang terhasil kecik2 tau..Bunga jantan tu kenalah dipotong dan debunganya kalau boleh dimasukkan dalam botol berlubang macam botol bedak tu… bukan ape, senang nanti nak di tarukkan di bunga betina. Debunga jantan tu diperolehi dengan cara mengetuk2 sket bunga jantan yang telah dipotong tu.. seingat2 CS, cek pernah simpan bunga jantan ni dalam peti sejuk.
Buah salak ni memang sedap dimakan segar. Kalau dapat makan dekat2 pokok dia tu lagi best…tapi kena ingat2 la akan durinya yang tajam itew… seperti yang kita semua tahu, buah salak pun sedap dibuat jeruk dan yang terbaru CS ada dengar ada pengusaha yang mengeluarkan jus salak jugak… mmmmmmmmmmmm no komen la ye sebab belum pernah rasa.
Ada member CS pernah bagitahu, pada sesiapa yang melahirkan anak secara ceaserean, kena pantang dengan buah ni.. alasannya sebab buat ni berbulu, takut2 mengakibatkan kegatalan di tempat ceaser tersebut…. Ye ke???

Demikianlah sedikit catatan mengenai salak ni…


4 comments:

  1. suke buah salak! ada pak sedara di kok lanas yg tanak pokok salak madu. siap boleh jual lagi sbb byk sgt! bestnye ada pokok sendiri!

    ReplyDelete
  2. sape nama dia nuni? CS selalu gak main area tu..

    ReplyDelete
  3. rumah betol2 menghadap jalan ke kem desa pahlawan. rumah papan tangga hijau.heheh...nama ISA

    ReplyDelete
  4. mmmm tau...maybe member CS tau kot pok sdara nuni tu... nanti CS siasat

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]