PAGES

Sunday, May 22, 2011

Chapati

Sesekali x makan nasi masa lunch ok jugak kan… Selalu memang xleh lepas ngan nasi tapi ari ni memang masak SUNGGUH nak menanak. Semalam ada beli tepung atta, so nak buat capati. CS buat ni setengah adunan je, ye la.... 1st time kan. Gumana ghupe x tau... Jom tengok macam mana cara membuatnya....
CHAPATI 
Sumber : LynnSham MyR
 
Bahan-bahan
  • 225 gm tepung atta
  • 1 sudu besar minyak sapi (CS guna majerin je)
  • 125 ml air suam
  • Secubit garam
  • Sedikit minyak sapi, untuk dilenser pada chapati
  • Sedikit tepung atta, untuk proses mencanai
  • CS buat separuh adunan je, baru nak cuba kan…
Cara-cara
1.      Masukkan tepung atta, minyak sapi dan garam ke dalam mangkuk.
2.      Tuang sedikit demi sedikit air suam sambil menguli sehingga menjadi doh. Uli doh selama beberapa minit.
3.      Masukkan doh ke dalam mangkuk dan tutup dengan sehelai kain basah/lembab dan biarkan selama 30 minit.
4.      Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
5.      Tabur sedikit tepung atta di atas papan pencanai dan canai nipis setiap bebola kecil.
6.      Panaskan kuali. Letak sekeping doh. Apabila doh telah bertukar warna dan mula kembung di beberapa bahagian, terbalikkan.
7.      Selepas beberapa ketika, terbalikkan sekali lagi. Tekan perlahan-lahan bahagian yang kembung pada chapati menggunakan sudip/spatula (boleh nampak bahagian lain akan kembung juga).
8.      Terbalikkan roti sekali lagi. Bila dah masak, lenserkan permukaan atas roti dengan sedikit minyak sapi.
9.      Angkat dan letakkan di dalam bekas bertutup yang telah dialas dengan paper towel. Pastikan bekas sentiasa ditutup kerana wap yang terhasil akan membuatkan chapati lembut.
10. Hidangkan dengan kari atau kuah kegemaran.
p/s : Gambar tepung aje yang masuk...yang lain ntah pi upload kat mana... huuuuuuuuuuuuuuuu


No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]