PAGES

Thursday, May 5, 2011

Gulai ikan aya a.k.a ikan tongkol a.k.a ikan kayu

Dah buat nasi dagang ni, kene la ada lauk, kan nak makan nasik gitu aje ye dak? kesukaan aku bila makan nasik dagang ni tentulah gulai udang. tapi semalam beli udang setengah kilo je... (RM8, diskaun singgit) so x jadi lah... gulai je ikan aya yang telah aku kukus semalam. perghhhh sedapnye ikan kukus tu... sebenarnya aku masukkan sekali hati dan perut ikan, yang tu aku makan dulu...
sebenarnya tak tau lah apa mimpi nak buat nasik dagang dengan gulai ni... tapi yang pasti once aku kata nak makan, aku mesti kene makan, sama ada aku buat atau aku beli. tapi kat sini kalau nak makan nasik dagang x dapek nak tolong nye...mana nak cekau? kat dapo sendiri la jawabnya...

 ni le ghupenye ikan aya kukus semalam punya.. terbaek wokkk

 ni yang dah siap, kuah cair2 sket. i like..

ni pulak gulai udang...resepi same je... terjun udang je dalam tu... dapat dua hidangan. bijak tak?

eh eh... jom tgk resepi pulak

Bahan-bahan ( Sekeluarga )

  • Seekor ikan aya yg telah direbus
  • 4 cwn santan sedang2
  • *5 biji bwg merah
  • *2 biji bwg putih
  • *1 cm kunyit hidup & lengkuas
  • *2 sk ketumbar
  • *2 sb cili boh / cili kering
  • *3 sb serbuk kari
  • Sedikit myk masak utk menumis
  • Gula, garam dan nisan kelantan secukupnya

Cara-cara

  1. Tumbuk lumat bahan *
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan * yang telah lumat sehingga garing dan naik bau
  3. Kemudian masukkan santan dan masak hingga mendidih
  4. Seterusnya masukkan ikan. Perasakan dengan gula dan nisan kelantan. Berhati2 semasa ingin masukkan garam kerana ikan yang digunakan sedia masin. Saya selalunya masukkan sedikit air rebusan ikan utk hasil lebih kawww...
  5. Setelah dua kali mendidih, boleh tutup api 
cara nak buat lauk ni sebenarnya terpulang...jadi...ikut suka korang lah.... he he he... boleh gitu?

    No comments:

    Post a Comment

    [Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]