PAGES

Thursday, May 5, 2011

Nasi Dagang

 p/s : bukan nasik dagang RM45 ye...

Balik kg baruni, beli beras nasi dagang sekilo. 6 hengget dah skrg. Dah lama x buat, rasa nak makan plak... Alhamdulillah ilmu nak buat nasik dagang ni dah risik2 dengan my lovely MEK... dia bagitau la gitu gini itu ini... tapi biasa dia punya sukatan tu "agak-agak lah".. adoyai...agak2 kang tah jadi nasik ape x tau... bila dah dua tiga kali buat dah buleh bajet sendiri la..agak-agak berapa banyak bahan nak guna...nak lemak ke nak kurang... kira ok la setakat mulut sendiri je
Semalam aku pi pasar malam carik ikan aya... seb baik ada tapi ikan putih la..sekilo 17 hengget... akak tu kata tak cukup kalau nak lawan dengan sekilo beras. ahhhh lantaklah, nanti aku cover la dengan ape2 yang patot...dia nak promote ikan dia je tu...soh aku beli lebih
Petang tadi, aku mulakan projek. nyor xde kat kedai, nasib baik member depan ni ada bawak nyor, seguni dibaginya pada aku. yela...kat umah dia mana ada mesin nyor...so aku cakapla kalau dia nak pakai nyor, hello la leh aku mesinkan... mane nak abes bergulai berpengat nak ngabeskan nyor tu.. kira-kira ada guna jugak aku beli mesin ketot tu....
dan sebagai pengkerasnya aku hantar la set nasi dagang ke umah dia utk '3 beradik' dia kat rumah tu (sebenarnya bukan adik beradik pun, tapi muka dan pesen perangai same sebijik)...kira timbal balik la...
jom kita tgk resepinya....

Bahan-bahan

  • 1 kg beras nasi dagang merah - bersih & rendam 5 jam
  • *4 cwn santan pekat
  • *5 biji bawang merah
  • *2 biji bawang putih
  • *2 sb halba
  • *2 cm halia
  • *2 sb garam (agak-agak)
  • 3 cwn santan cair

Cara-cara

  1. Sediakan santan masak dahulu. Masukkan bahan * dalam periuk dan masak hingga mendidih. Kacau selalu agar tak pecah minyak. biarkan sejuk
  2. Masukkan beras ke dalam periuk kukusan yang telah di alas. Tabur sedikit halba. Kukus 20 minit (agak2 3/4 masak)
  3. Masukkan dalam besen dan tuangkan santan cair. Kacau2 seketika hingga sebati dan basah
  4. Masukkan semula dalam periuk kukusan dan kukus sehingga masak lebih kurang 30 minit. Sekali sekala kaup balikkan beras supaya masak sekata
  5. Bila dah masak, masukkan dalam besen tadi dan tuang santan pekat yang telah dimasakkan terlebih dulu tadi
  6. Kacau rata-rata hingga sebati 
Harap2 dengan ada resepi ni kat blog aku ni (promote tuh) dapatlah deme2 membuat rujukan... bakal anak2 aku pun boleh mewarisi ilmu ni pulak... he he he

    2 comments:

    1. alos...lapa weh sero tgh2 male ni

      ReplyDelete
    2. import beras nasik dage la nuni... buat denu... saya ni rasa nak make gapo plk eh... ke ke ke

      ReplyDelete

    [Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]