PAGES

Wednesday, May 18, 2011

Kuetiaw Tomyam

Apam sudah selamat…sekarang turn dinner pulak. Aikkk…bukan makan banyak la…apam tu dua ketui je… dinner ni nak kena makan sebab esok plan nak puasa.
Tahu…tahu…semua orang dah tahu masak tomyam. CS dah lama x buat tomyam…bukan apa, selalu kalau buat lauk tak terhabis rasanya. Tapi tadi tergoda betul bila ingatkan tomyam. Tambah2 dah beli udang segar, mmmm pasti sedap. Kuetiaw tomyam kali ni tersangatlah istimewa. Nape? Sebab tomyam ni menggunakan air kelapa… Haaaaaa…. CS pernah tgk dulu kat tb rancangan ape tah… Chef tu gunakan air kelapa utk buat tomyam. So, dah belah kelapa utk makan dengan apam tadi CS simpan la airnya…
Resepi? Alahai, biasa2 je, main campak2 je… X payah la CS nyatakan di sini… Ntah2 tomyam kawan2 punye lagi kaww dari ni.. Apapun, Alhamdulillah atas rezekiNya... memang CS layan sungguh tomyam ni.... :)

 Chopstik tu perhiasan je semata-mata... Dua tiga kali sepit asyik tergelincir je...last2 sudu garpu jugak pelengkapnya...

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]