PAGES

Thursday, May 19, 2011

CH jem? Biasa....

Sambil2 menengok tv petang ni...CS nak masukkan satu N3 berkenaan dengan tempat CS dok carik makan sekarang. Agak2 sape yang belum sampai di CH... Eh eh...CH tu kan Cameron Highlands... CS pasti ramai yang sudah sampai ke sini. Kalau sesekali datang memang la seronok...kalau macam CS yang dah 8 tahun di sini dah tak ada manisnya... dah jadi suam2 kuku...

 Tak sangguppp....

Bercerita tentang masalah problem jem yang berlaku ni, CS bukanlah seorang DO utk memikirkan masalah2 berkaitan ni. Cuma yang boleh CS kongsikan apa yang pernah CS alami masa2 jem yang menyiksakan tu....
Kalau hujung minggu, cuti2 kelepasan tambah lagi, memang perit nak hadapi. Selalu kalau ke Brinchang@Tanah Rata hanya 45 minit, tetapi kalau dah sangkot ni boleh sampai 2 3 jam. Aduiiii...x larat nak tukar gear, tekan minyak tekan brek la jawabnya.. Sebab itulah kalau ada cuti / weekend CS lebih suka bersantai dirumah, takpun ke Ipoh atau Gua Musang...takpun CS balik lepak di kampung..
CS pernah sekali, hari Sabtu yang indah. Konon2 nak bawak kanak2 pi piknik di Sungai Pauh. Time nak balik tu, keluar je dari Brinchang terus makan jem sampai ke Kea Farm. Menyesal rasanya kuar ari tu. Puncanya? Pada hemat CS la, bukan kenapa napa pun...tetapi traffik akan terganggu apabila ada kenderaan yang sesuka hati memberhenti dan memarking kenderaan mereka di tempat yang tidak sesuai. Kawasan yang memang terkenal dengan keJEMan ni sudah tentulah di Kea Farm. Kawasan tu memang tempat orang dok melancong, nak jalan2 nak menengok tetapi kawasan utk parking ni amat terhad.
Sekarang, Majlis Daerah dah buat divider dan penghadang di kawasan kiri kanan jalan. CS 200% percaya yang tempat itu akan menjadi lebih teruk jemnya... Lagi seminggu ni nak cuti sekolah, ramai yang akan datang, jadi kita dengarlah di tv yang akan terus menunjukkan cerita tetang jem di CH yang tiada sudahnya ini... Jadi pada sesape yang nak melancong ke CH musim cuti ni...selamat mengharungi jem... CS nak bercuti di kampung.... Adiossss....

1 comment:

  1. Salam, itulah sbbnya malas nak blk ch. Bercinta nak ngadap jam. Klu balik mesti terperuk kat rumah! Siap beli barang utk msk dr kl.he he

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]