PAGES

Tuesday, May 17, 2011

Kuih Lompat Tikam

Assalamualaikum & selamat malam...
Kali ni CS nak masukkan  N3 yang CS buat petang tadi. Siapa yang tak pernah makan kuih ni? Alamak...kesiannya... CS sebenarnya x berapa gemar...tapi ada ketikanya macam mengidam anak sulung, kena makan jugak walau apapun yang terjadi... Adehhh (salah satu perangai buruk tu....)
Seingat-ingat CS...pernah dah beberapa kali buat lompat tikam ni. Kalau time puasa mak aiiiii masyuk tol makan sejuk-sejuk. Utk resepi kali ni, CS selongkar dari dapur Kak Hanieliza
Moh la kita lihat resepi yang telah CS CnP :

KUIH LOMPAT TIKAM

Bahan Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
3 cawan santan cair
1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
1 s/k air kapur
secubit garam
Cara
1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang.
2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
3. Masakkan adunan diatas api sebentar dan masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
4. Bila dah masak cakarkan sikit permukaan kueh supaya memudahkan bahagian lapisan santan melekat.

* CS buat dua adunan. Yg pertama CS terus kukus je tapi hasil x memuaskan. Ambil masa yang lama utk masak. Last2 CS masakkan sekejap di atas dapur dan kukus semula (padan muka, nak cepat tapi makin lambat). Yg kedua CS hanya campur tepung beras, santan cair dan garam je, masak atas dapur hingga kental dan sejukkan. Utk cara kedua ni hasil lebih cun... :)

Bahan Lapisan Putih
1.5 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
4 cawan santan pekat
1 s/k garam
Cara
1. Campurkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan bahan kueh ini sekejap diatas api.
3. Tuangkan adunan diatas lapisan hijau.
4. Kukuskan selama 15 minit dan sejukkan
5. Bila dah sejuk potong kueh dan hidangkan dengan air gula merah.
* Untuk lapisan putih ni, CS masakkan berasingan sehingga agak2 pekat dan kental. CS tak taruk atas lapisan hijau macam Kak Lieza buat tu...

Air Gula Merah
Bahan

1 cawan gula merah
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan [ koyakkan]
Cara
1. Masakkan semua bahan sehingga mendideh.
2. Tapiskan dan hidangkan bersama kueh lompat tikam

* Kuih lompat tikam ni CS hidang bersama dengan pulut tanak. Kalau nak dikukus pun boleh, tapi CS tanak je guna santan. Lagi sedap lasanya. Lagipun bagi Kelantanese macam CS ni x lengkap rasanya kuih lompat tikam tanpa pulut.

 Yang ni adalah lebihan makan petang tadi...hajat nak bekal ke sekolah esok... tu yang dapat
pulut seketui besaq penumbuk...

6 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]