PAGES

Tuesday, May 17, 2011

Red Velvet Cake

Allahuakbar... Apa yang boleh CS katakan tentang RVC yang CS baru siapkan ni adalah COMOT... Hummm.. ini adalah kali pertama CS buat kek ni. Dulu CS dah buat versi cuppies...x berapa puas hati... kali ni pun x berapa nak puas jugak. Adunan ni CS buat berdasarkan resepi Ila Ahmad yang memang dah lama CS peram. Di hati memang teringin sgt nak buat RVC ni, almaklumlah x pernah ghase...nak tau jugak setakat mana penangannya...
Arini kebetulan besday anak member CS...jadi amik kesempatan la mencuba. Untuk kek ni CS buat dua adunan, sebab satu adunan tu nipis sgt. Resepi tu CS ikut je 99%, tak berani la nak oter2...kang x jadik kang...frust tertonggeng plak..

Alamak...kalau tgk betol2 yg pakai jersi merah tu nak sumbat gol sendiri le pulak...  Agak2 yang pakai jersi biru tu tengah senyum je nak melompat... kui kui

Jom kita tgk resepi.... CS CnP je dengan izin ye... :)

Red Velvet Cake 

Sumber : Ila Ahmad, MyR

Bahan-bahan

  • 2 1/2 cwn (250gm) tepung gandum
  • 1 SK garam
  • 2 SB sebuk koko
  • 1/2 cwn mentega
  • 1 1/2 cwn gula
  • 2 biji telur
  • 1 SK esen vanila
  • 1 cwn susu segar (dicampur dgn perahan 1 SB lemon dan dibiarkan 5 minit) - CS guna low fat milk
  • 2 SB pewarna merah (resepi asal) tapi saya cuma letak 1 SB pewarna je..so warna dia kurang merah
  • 1 SK cuka
  • 1 SK baking soda
  • BAHAN TOPPING
  • 250gm cream cheese, 30 gm mentega, 1 SB perahan lemon, 1 SB esen vanila dan 1 SB susu segar.

Cara-cara

  1. Ayak tepung, garam dan sebuk koko . ketepikan.
  2. Pukul mentega hingga lembut (1- 2 min). Tambah gula dan pukul hingga ringan (2-3 min).
  3. Masukkan telur satu persatu dan tambah esen vanila. Pukul semula hingga sebati.
  4. Masukkan susu, pukul dengan kelajuan sederhana dan masukkan bahan tepung, garam dan sebuk koko yg telah diayak.
  5. Masukkan pewarna merah.
  6. Dalam mangkuk kecil, campurkan bhn cuka dan baking soda(biarkan berbuih dan tuang ke dalam adunan kek . kacau sebati menggunakan senduk.
  7. Bakar 170 C selama 25-30 (bergantung pada oven masing-masing. Acuan 9")
  8. sejukkan dan hias dengan cheese cream topping.
  9. CREAM CHEESE TOPPING
  10. pukul cream cheese dan mentega hingga lembut dan gebu. campurkan perahan lemon dan esen vanila.
  11. sapukan pada keseluruhan kek dan boleh hiaskan dengan serbuk koko dan badam hancur atau mengikut selera masing2. 

Ok... bercerita tentang deco plak...CS dah lama beli set bola sepak. Memang masuk senarai lah deco yang nak dicuba. Sementelah pulak budak Faiz ni memang minat bola...penyokong tegar Kelantan pulak tu... he he he... Tambah2 pulak Kelantan kebanggaanku layak ke final utk Piala FA bertemu Terengganu (Iye ke ni....)
Tapi yang tak bestnya apabila frosting tu nampak cam sikit pulak..tak leh nak lengkapkan deco di semua sisi.. Nape la CS tak terpikir nak tambah gula aising seperti yang dibuat oleh Cikgu Nuni... adoyai.... mmmmm xpelah...ini kan baru pestaim...rilek la bro...Tang aising tu pulak...rasa x berapa kawwww la... CS rasa mcm termasam bila cream cheese di tambah dengan jus lemon. Nantilah petang baru buleh rasa betol2... Cuma satu harapan CS, moga2 kek ni abes dikerjakan budak2 tu... sayang pulak kalau x abes... Kalau dapat sambutan, boleh buat pulak lain kali ya....

1 comment:

  1. tula CS...nuni tambah gula sbb takot x sedap kalo guna semua cheese je..lagipun kt sabah ni panas yg amat.mmg icing cepat cair... btw, cantik betol kek CS deco! jeles ni!

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]