PAGES

Saturday, May 21, 2011

Novelog 2 : Kisah Aku Dan Dia - Ep. 3

Iman dan Siti merebahkan badan ke sofa sebaik sahaja sampai ke rumah setelah balik dari kerja. Dah pukul 10.30 malam. Hari ni adalah hari pertama mereka bekerja di kilang elektronik dekat bandar Tampoi.
First day kerja dah buat OT you!
Akhirnya mereka jugak yang terkelepet.
“Apa korang ni? Baru sehari kerja dah macam ni. Penat ke?” Kakak Siti yang tiba-tiba muncul dari dapur menyapa. Dia menghulurkan minuman kepada Siti dan Iman.
“Tak adalah penat sangat Kak Mimi tapi kami ni kan anak emas. Dulu asyik rileks aje kat rumah. Bila dah kerja macam ni urat-urat pun tersentak.” Balas Iman tanpa memandang Kak Mimi.
“Akak faham. Nanti kalau dah biasa takkan ada masalahlah. Akak dulu pun macam korang jugak.”
“Ni akak lawa-lawa ni nak ke mana?” Siti menyoal bila dia lihat kelainan pada penampilah kakaknya.
“Akak nak keluar kejap. Abang Aris nak jumpa kakak. Katanya ada benda dia nak bagi kat akak. Korang tak payahlah tunggu. Akak mungkin balik lambat sikit.”
“Ala…kalau akak tak balik lambat pun kami tak nak tunggu. Kami dah penat sangat dah ni. Esok nak kena bangun pagi lagi. Akak kirim salamlah dengan  abang Aris ‘ek.”   Siti menjawab malas. Memang dia mengenali kekasih kakaknya yang bakal menjadi abang iparnya.
“Kalau ada makanan yang terlebih tu tapaukanlah untuk kami Kak Mimi. Lapar ni.”  Iman menyampuk sambil tersengih.
“Kau ni Iman. Kalau bab makan ni ingat aje ye. Oklah akak pegi dulu. Jangan lupa kunci pintu kalau nak tidur nanti.”
“Kau agak kita boleh tahan tak dengan kerja ni?” Tanya Siti ketika mereka sedang terbaring atas tilam. Selepas membersihkan badan itulah pilihan aktiviti yang terbaik.
“Aku rasa tak penat sangatlah Ti. Lagipun inikan hari pertama kita. Mestilah penat sikit. Dah lama nanti oklah.” Iman menjawab sambil memperbetulkan selimutnya.
“Kau perasan tak ramai mamat yang cun-cun dekat line kita tadi?” Siti ni memang…sempat aje matanya menggatal.
“Malaslah aku nak layan kau. Tidur lagi best.”
Ek eleh…nanti kalau aku dapat salah sorang yang hensem tu kau jangan jeles pulak. Aku ni kan cantik…cute…Ziana Zain pun kalah. Iman…Iman…La, dah selamat dah rupanya.”
Siti menggelengkan kepala melihat Iman yang sudah terlelap. Rupa-rupanya dia bercakap sorang-sorang. Sebenarnya dia nak cakap yang tadi ada sorang mamat tu asyik pandang kat Iman aje. Nasib tak jem line dia. Memandang gadis yang ayu itu mudah saja hati tertawan…
Dah lah Siti, tidurlah…

**********************************************
Iman meneguk mineral waternya.  Matanya terpejam melepaskan ketegangan. Penat terasa kaki dan tangannya yang teruk menjalankan kerja-kerja di line. Siti tidak bersamanya. Gadis itu ke kantin bersama Azali yang sama-sama satu line dengan mereka. Ala… baru nak  ngorat le! Iman malas nak join. Kang kacau daun pulak. Dia lebih senang bersendirian sementara menunggu waktu masuk 15 minit lagi. Sedang dia bersendirian melayan ingatannya terhadap keluarga di Kota Tinggi, seseorang menyapanya. Matanya mencari-cari siapakah yang menegurnya. Berpusing ke kanan, matanya bertentang dengan sepasang mata hazel yang tidak dia ketahui milik siapa…
“Sorang je?” Lelaki itu menegur.
Eh…eh dia ni. Tak nampak ke? Mana le ada orang lain lagi kat sini.
Iman hanya tersenyum.
Terasa pernah nampak gak laki ni tapi tak perasan pulak. Satu line ngan aku ke?
“Iman tak pergi makan ke?”
Alamak… mana pulak dia tahu nama aku? Ni mesti kerja budak Siti ni. Takde orang lain dah!
“Saya ni tak biasa makan petang. Takut ngantuk. Siti bagitahu awak nama saya ‘ek?”
Kini giliran lelaki itu pulak tersenyum.
“Nama awak?”
Iman ‘menyiasat’ teman barunya. Memang dia mudah berkawan dengan sesiapa sahaja.
“Firdaus Maliki.”
Iman menganggukkan kepalanya.
Best nama dia. Sama best ngan nama aku!
Tak sempat berbual lama kedengaran siren masuk berbunyi nyaring.
“Boleh tak makan malam dengan saya balik nanti?” Ada nada mengharap dalam suaranya.
“Saya tak pernah tolak orang nak belanja saya makan. Nanti tunggulah saya dekat gate ok. Jomlah.”
Sepasang kawan yang baru berkenalan itu bergandingan bersama masuk kembali ke line. Siti yang memandang dari jauh hanya tersenyum.

5 comments:

  1. salam....

    cerita yg menarik.."saya pun tak pernah tolak kalau ada org nak belanja..:...hehe

    ReplyDelete
  2. boleh tahan cite..he3 nk tggu sambungannya lak.

    ReplyDelete
  3. sekamar rindu @ permaisuri : terima kasih kerana sudi membaca cerita yang tidak seberapa ni... :) seronoknya ada jugak yang perasankan tulisan ceq sue ni... (*_*)

    ReplyDelete
  4. Salam..wahh jejalan tengok bubur umah dayang@dapurku sayang terus terjumpa blog akak...yg bestnya sy nii kaki novel so apa lagi..terus tak lepas kan peluang...l follow akak yeee...

    semoga akak terus menulis.....

    ReplyDelete
  5. Tq suhailas... wahhh... nama kita pun suhaila gak... jangan la panggil akak...sogan makcik... cheq sue je. apapun tq layan citer tax seberapa ni... :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]