PAGES

Friday, May 20, 2011

Novelog 2 : Kisah Aku Dan Dia - Ep. 2


“Aku baru je nak cakap ngan kau. Akak aku dekat Tampoi cakap tempat dia ada kosong. Kalau kita pegi cepat ada can lah. Aku ingat kalau kau setuju bolehlah kita bertolak pagi esok. Aku pun boring asyik duduk kat rumah aje. Pasang body adalah.” Itulah kata Siti Norzura, teman baik Iman yang sama-sama belajar di UPM dulu…yang sama-sama ‘menanam anggur’. Pada petang yang damai itu mereka berjumpa di tepi sungai berdekatan ladang sawit milik bapa Siti.
“Ye ke? Aku dah bincang dengan ibu bapa aku. Mereka dah setuju lepaskan aku ke JB tapi kau kenalah tolong aku.”
“Tolong apa pulak?” Siti mengangkat kening kanannya. Hairan.
“Sekarang kau ikut aku pulang. Nanti kau tolonglah cover aku bila aku cakap dengan ibu bapa aku nanti. Kalau dengan kau tak perlu aku explain banyak sangat.” Iman menerangkan kepada Siti yang kelihatan blur.
“Tapi ada syaratnya.”
“Syarat apa pulak?”
Siti menunjukkan kunci keretanya. Dia tersenyum sambil mengenyitkan mata. Malas nak drive walaupun kampung Iman hanya bersebelahan kampungnya saja. Dari dulu hingga kini kalau dia bersama Iman, memang dia tak akan bawa kereta.


“Ibu…Iman pergi dulu.” Ucap Iman pada ibunya pada pagi saat dia mahu berangkat ke JB. Tidak sanggup dia memandang wajah ibu yang penuh dengan riak-riak kesedihan. Ada air mata yang mahu gugur.
“Janganlah menangis bu. Iman pergi bukan untuk selamanya. Nanti hujung minggu Iman baliklah. Iman susah hati kalau ibu macam ni.” Ujar Iman memujuk ibunya.
“Pasal ibu janganlah Iman bimbangkan. Yang penting sekarang Iman jaga diri baik-baik. Jangan lupakan Tuhan. Ingat pesan-pesan abah.” Pak Idris bertegas. Gayanya sebagai bekas komander begitu terserlah.
“Amal…akak pergi dulu ya. Amal jangan nakal-nakal tau. Belajar jangan lupa. Jangan menyusahkan ibu. Ok.”
 Iman tidak mahu lama-lama di situ. Dia tidak kuat untuk melihat air mata ibunya gugur. Dia tidak tabah untuk melihat kesedihan ibunya. Dia tidak tega… Pelukannya dileraikan.
“Iman kat sana nanti baik-baik. Jangan lupakan kami di sini.” Akhirnya Jamilah bersuara jugak.
“Baiklah bu. InsyaAllah Iman akan ingat segala pesanan abah dan ibu tu.”
Iman menyalami kedua orang tuanya tanda perpisahan sementara. Dia melihat Amal terdiam. Mungkin memikirkan selepas ini dia akan ketiadaan teman untuk bermanja dan bergurau senda. Dia juga kemudiannya menyalami kakak sulungnya. Sedih.
“Nanti Amal nak main dengan sapa kalau akak dah takde?” Sayu suara si adik meruntun hati si kakak.
“Amal kan dah besar. Lagipun kawan-kawan kan ada. Akak pegi pun bukannya jauh. Ada masa nanti kakak balik.”
“Siti jalan dulu makcik…pakcik.” Siti yang terdiam tadi bersuara meminta izin untuk bertolak.
“Aa…ah. Bawak kereta baik-baik. Nanti kalau dah sampai ke sana jangan lupa telefon. Kirim salam dengan kakak kamu.”
Siti hanya mengangguk. Dia dan Iman memasuki Kancil kuning dan perlahan-lahan keluar dari laman rumah Iman. Iman melambai keluarganya. Ada air mata mengalir di pipinya. Walaupun pemergiannya kali ini tidak jauh, memikirkan ibunya dia jadi serba salah. Namun dia sudah nekad…apa pun yang terjadi hidup mesti diteruskan.

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]